Gigi kacip
Gigi kacip, gigi acip atau insisor (Ubt.[1]) merupakan jenis gigi pertama yang tumbuh dalam mamalia heterodon. Gigi acip terletak pada pramaksila di rahang atas, dan mandibel di rahang bawah.
Kacip | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | dentes incisivi |
MeSH | D007180 |
TA | A05.1.03.004 |
FMA | FMA:12823 |
Terminologi anatomi |
Fungsi
suntingDalam sebilangan besar mamalia herbivor atau omnivor, misalnya manusia dan kuda, gigi acip disesuaikan untuk menggigit benda yang keras. Gigi acip kucing adalah kecil, oleh itu kucing menggigit daging dengan gigi taring dan karnasial. Gigi acip atas gajah terubah suai menjadi gading; begitu juga dengan Narwhal (sejenis ikan paus) yang mana sebatang gigi acipnya berkembang menjadi gading yang lurus dan berpilin. Gigi acip rodensia tumbuh sepanjang hayat tetapi dirapikan dengan menggerogot selalu.
Bilangan dan jenis gigi acip
suntingManusia
suntingManusia biasanya mempunyai lapan batang gigi acip yang terbahagi kepada empat jenis darab dua batang. Jenis-jenisnya adalah:
- gigi acip sentral maksila (di tengah-tengah rahang atas)
- gigi acip lateral maksila (di antara gigi sentral dan taring rahang atas)
- gigi acip sentral mandibel (di tengah-tengah rahang bawah)
- gigi acip lateral mandibel (di antara gigi sentral dan taring rahang bawah)
Haiwan selain manusia
suntingSesetengah spesies primat, kucing dan kuda mempunyai 12 batang gigi acip. Rodensia ada empat batang, manakala rubah ada sembilan batang. Arnab yang pernah dianggap sebagai rodensia, menjadi berbeza kerana hanya ada lapan batang gigi acip — sepasang "gigi lancip" kecil terletak di belakang sahaja pasangan gigi yang paling anterior. Gigi acip digunakan untuk menggigit makanan keras seperti daging merah.
Gambar selebihnya
sunting-
Mulut.
-
Maksila kiri. Permukaan luar.
-
Dasar tengkorak. Permukaan dalam.