Getaran uvular
Getaran uvular ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʀ (huruf R besar yang dikecilkan) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan R\ dalam X-SAMPA.
Nombor AFA | 123 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | R\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Konsonan ini merupakan salah satu jenis "R gutural". Di Eropah, getaran uvular dipercayai berasal dari bahasa Perancis, kemudian meluas ke Bahasa Jerman Baku moden, kebanyakan loghat Jerman yang lain, sebilangan loghat Belanda, sebilangan loghat utara Itali, dan loghat-loghat selatan Sweden dan Norway.
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri getaran uvular:
- Cara artikulasinya ialah getaran, iaitu dihasilkan oleh getaran alat artikulasi.
- Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.