Getah silikon
(Dilencongkan daripada Getah silikone)
Getah silikone ialah suatu elastomer (bahan seperti getah) terbitan silikone, dan merupakan suatu polimer silikon bersama-sama karbon, hidrogen dan oksigen. Getah silikone banyak digunakan dalam industri, dan ada pelbagai jenis. Getah ini mungkin mempunyai bahan tambahan untuk menambah baik ciri-ciri serta mengurangkan kos. Getah silikone lazimnya tak reaktif, stabil dan tahan dalam persekitaran melampau serta suhu berjulat −55 hingga 300 °C (−70 hingga 570 °F) sambil mengekalkan ciri-cirinya. Dengan ini serta mudah dikilang serta diangkut, getah ini digunakan dalam pelbagai bidang seperti penebat wayar elektrik, komponen automotif, bekas simpanan makanan, pembinaan bangunan serta pakaian.
Bacaan lanjut
sunting- Brydson, John (1999) Plastics Materials, Butterworth, edisi kesembilan
- Lewis, PR, Reynolds, K and Gagg, C (2004) Forensic Materials Engineering: Case Studies, CRC Press