Getah pemadam (Jawi: ݢته ڤمادم) merupakan salah satu kelengkapan alat tulis. Ia merupakan getah lembut yang mampu menghilangkan tanda yang dihasilkan dengan pensel. Bagaimanapun terdapat getah pemadam dakwat yang mampu juga menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pen.

Getah pemadam

Sering kali dalam penggunaan harian, ia diringkaskan kepada pemadam sahaja. Di pantai timur Malaysia, ia lebih dikenali sebagai roba.

Getah pemadam berasa kenyal seperti getah, dan ia seringkali bewarna putih, perang atau merah jambu walaupun dengan bahan moden pelbagai warna mampu dihasilkan. Terdapat pensel yang dilengkapi dengan getah pemadam dihujungnya. Getah pemadam mahal mungkin mempunyai bahan (vinyl) atau plastik sebagai tambahan kepada getah. Dalam bahasa Inggeris British istilah rubber digunakan sementara bahasa Inggeris Amerika istilah eraser digunakan, rubber merujuk kepada kondom di Amerika Syarikat.

Pemadam juga merujuk kepada pemadam pada papan kerja seperti papan hitam atau papan putih. Pemadam papan hitam tradisional merupakan blok kayu retangular yang diperbuat daripada kain lembut felt. Pemadam tangan merujuk kepada pemadam kain lembut yang dilekatkan pada sebelah tangan.

Pelbagai jenis pemadam khas dihasilkan pada masa kini.

Jenis pemadam yang sering terdapat pada pensel biasanya bewarna merah jambu atau merah, dan mempunyai tekstur licin bergetah. Ia baik untuk memadam kebanyakan tulisan pensel, walaupun ia cenderung melumur dan merosakkan kertas sekiranya terlalu kerap digunakan. Ia meninggalkan sisa pemadam yang perlu dibersihkan; sisa pemadam perlu dibuang dengan cermat kerana sisa tersebut mampu meninggalkan bekas pada kertas.

Sejenis getah pemadam lain yang popular di kalangan artis adalah pemadam art gum, yang diperbuat dari getah kasar, lembut. Ia amat sesuai bagi memadamkan kawasan yang luas, dan tidak merosakkan kertas. Bagaimanapun pemadam ini meninggalkan banyak sisa pemadam dan tidak begitu tepat. Pemadam Art gum biasanya gelap atau keperangan.

Pemadam uli - (kneaded eraser) juga digemari di kalangan pelukis. Ia biadanya diperbuat daripada bahan kelabu dan menyerupai adunan (putty) atau gam. Kelebihannya adalah ia tidak meninggalkan sisa pemadam, dengan itu tahan lebih lama berbanding pemadam lain. Ia memadam dengan "menyerap" partikel grafit; ia boleh digunakan bagi pemadaman jitu, untuk menghasilkan penonjolan, atau untuk kerja terperinci. Ia tidak sesuai bagi memadam kawasan yang luas, dan mungkin comot (smear) atau melekat menjadi terlampau panas.

Pemadam vinyl lembut mempunyai tekstur seperti plastik, dan ciri-ciri memadam serupa dengan pemadam getah biasa; ia adalah lebih lembut, kuat, dan dengan itu tidak mudah merosakkan kertas. Pemadam vinyl biasanya putih.

Getah pemadam terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Tambahan kepada yang terdapat dilekatkan pada pensel piawaian, ia juga berbentuk ketulan segi empat bujur (pemadam ketul atau baji), atau penutup berbentuk kon yang boleh dilekatkan pada hujung pensel (pemadam penutup). Pemadam tong atau pemadam klik adalah peranti yang berbentuk pensel, tetapi diisi dengan pemadam silinder boleh disimpan semula, dan bukannya dengan grafit pensel. Getah pemadam hiasan diperbuat dalam pelbagai bentuk dan warna menurut tema (seperti nota muzik, haiwan, kuih-muih), dan ia dibeli kerana sebagai hiasan dan bukannya untuk digunakan.

Sejarah

sunting

Pada tahun 1770, pakar sains Joseph Priestley menyatakan, "Saya telah melihat bahan yang amat sesuai untuk digunakan bagi menghilangkan tanda pensel grafit hitam pada kertas." DIseluruh Europah, tulisan pensel dipadamkan dari kertas dengan menggunakan ketulan getah. Ketulan bahan ini masih digunakan untuk tujuan ini, dan dikenali sebagai 'rubbers' di England dan Australia, menyebabkan kelucuan bagi orang Amerika, yang menggunakan istilah 'rubber' sebagai kondom latex.

Juga pada tahun 1770, Edward Naime, jurutera Inggeris, dikatakan sebagai pencipta pemadam getah pertama. Sebelum penggunaan getah, serbuk roti digunakan sebagai pemadam. Naime mendakwa bahawa dia tersalah ambil kepingan getah dan bukannya serbuk roti, dengan itu menjumpai ciri-ciri memadam getah, dan mula menjual pemadam getah.

Bagaimanapun, getah dalam bentuk mentah sukar disimpan, kerana ia mudah rosak dan akan rosak. Pada tahun 1839, pencipta Charles Goodyear menjumpai proses vulkanisation, kaedah yang merawat getah dan menjadikannya bahan yang tahan. Getah pemadam menjadi biasa dengan kemajuan getah vulkanised.

Pada tahun 1858, Hyman Lipman dari Philadelphia, Pennsylvania, USA, menerima patent pertama bagi melekatkan pemadam pada hujung pensel. Patent itu dibatalkan kerana ia ditetapkan bahawa ia merupakan gabungan dua peranti dan bukannya produk baru sepenuhnya.