Geseran sisian gusi tak bersuara
Geseran sisian gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɬ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan K dalam X-SAMPA. Aksara ɬ dipanggil "l berbalut", dan tidak wajar dikelirukan dengan "l bertilde", [ɫ], yang digunakan untuk bunyi malaran tak geser sisian gusi divelarkan.
Nombor AFA | 148 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | K | ||
| |||
Sampel audio | |||
Bunyi ini begitu jarang ditemui di kalangan bahasa-bahasa Eropah di luar rantau Caucasus (terutamanya sekali dwihuruf ll dalam bahasa Wales),[1] namun agak banyak ditemui dalam bahasa-bahasa Pribumi Amerika seperti Navaho[2] dan bahasa-bahasa Kaukasia seperti Avar, serta bahasa-bahasa Afrika seperti Zulu dan bahasa-baahsa Asia seperti Chukchi.
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri geseran sisian gusi tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal) menyentuh batas gusi.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Rujukan
sunting- ^ Ladefoged, Peter (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. m/s. 203. ISBN 0631198156.
- ^ Laver, John (1994). Principles of Phonetics. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 257–258. ISBN 052145655X.