Geseran gelungan bersuara
Geseran gelungan bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʐ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan z` dalam X-SAMPA. Seperti semua konsonan gelungan yang lain, aksara IPA-nya terbentuk dengan membubuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah aksara yang digunakan untuk konsonan gusi yang berpadanan, iaitu aksara z yang tertumbuh cangkuk yang menghala ke kanan di kanan bawahnya.
Nombor AFA | 137 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | z` | ||
| |||
Sampel audio | |||
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri geseran gelungan bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran sibilan, iaitu dihasilkan dengan menghalakan aliran udara melalui alur di antara lidah dan deaerah artikulasi ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.