Gereja Protestan Kristian Batak di Malaysia
Gereja Protestan Kristian Batak di Malaysia atau Huria Kristen Batak Protestan (HKBP) area pelayanan Malaysia, iaitu gereja komuniti Kristian Batak Protestan yang berasal dari Indonesia dan kini berkhidmat untuk masyarakat Batak yang tinggal di Malaysia. Ia diletakan di bawah adminstratif HKBP Distrik XX Kepulauan Riau yang berpusat di Kota Batam, Kepulauan Riau. Kehadirannya di Malaysia memenuhi keperluan rohani komuniti Kristian Batak yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, belajar, atau tujuan lain. Gereja HKBP terdapat di bandar-bandar utama Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, di mana komuniti Indonesia banyak menetap[1][2].
Klasifikasi utama | Protestan |
---|---|
Orientasi | Lutheranisme |
Bentuk pemerintahan | Pengakuan HKBP |
Pemimpin | Pdt. Henry Banuareah, S. Th, MM (di bawah HKBP Distrik XX Kepulauan Riau) |
Wilayah | Malaysia |
Jemaat
suntingJemaat HKBP di Malaysia terdiri daripada orang Kristian Batak, kebanyakannya dari kumpulan etnik Batak Toba. Perkhidmatan biasanya dijalankan dalam bahasa Batak atau Bahasa Indonesia, dan kadang-kadang dalam Bahasa Inggeris atau Melayu untuk memudahkan pemahaman semua pihak.
Senerai Gereja HKBP di Malaysia
suntingNo. | Nama | Lokasi Bandar | Negeri | Nama dalam bahasa lain | |
---|---|---|---|---|---|
1 | Gereja HKBP Penang | 122, Jalan Kebun Nyiur, Jelutong, 11600 George Town (Terletak di dalam Gereja Methodist Tamil Pulau Pinang)5°24′50″N 100°18′57″E / 5.41389557096029°N 100.31586143729021°E | George Town | Pulau Pinang | Huria Kristen Batak Protestan Penang/ஹுரியா கிறிஸ்டன் படாக் புராட்டஸ்தான் தேவாலயம் |
2 | Gereja HKBP Ipoh Ressort Singapura | Gereja Tamil Methodist Hall , 30100 Ipoh, Perak(Terletak di dalam Gereja Methodist Tamil Ipoh) | Ipoh | Perak | |
3 | Gereja HKBP Kuala Lumpur | 21, Jln Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Brickfields, Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan |