Geografi Afghanistan
Afghanistan ialah sebuah negara dikelilingi daratan yang berbukit-bukau. Terdapat juga tanah pamah di bahagian utara dan barat daya. Nowshak, 7485 m di atas paras laut, merupakan puncak tertinggi di Afghanistan. Sebahagian besar daripada negara tersebut adalah kering dan bekalan air tawar adalah terhad. Afghanistan mempunyai iklim benua dengan panas dan sejuk yang terlampau, serta sering dilanda bencana gempa bumi.
Selain ibu negaranya Kabul, Herat, Jalalabad, Mazar-e Sharif and Kandahar adalah bandar-bandar besar nagara tersebut.