Genting Sempah merupakan kawasan persinggahan di Bentong, Pahang, Malaysia. Kawasan ini berhampiran dengan kawasan peranginan Genting Highlands. Genting Sempah merupakan salah satu pintu masuk ke Genting Highlands dan Janda Baik.

R&R Genting Sempah

Terowong Genting Sempah merupakan terowong jalan raya yang pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1979 terletak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.