Geliung Manila atau Geliung Manila-Acapulco (Sepanyol: Galeones de Manila-Acapulco) adalah kapal dagang Sepanyol yang berlayar sekali atau dua kali setiap tahun menyeberangi Lautan Pasifik di antara Manila di Filipina, dan Acapulco, Sepanyol Baru (kini Mexico). Namanya berubah mengikut kota dari mana kapal memulakan pelayaran.[1] Perkhidmatannya bermula pada tahun 1565 dengan penemuan laluan laut oleh Andrés de Urdaneta, dan terus digunakan sehingga tahun 1815 apabila Perang Kemerdekaan Mexico menamatkan laluan perdagangan geliung secara kekal.

Gambaran geliung Manila menyeberangi Islas de los Ladrones dalam Kodeks Boxer, s. 1590
Laluan perdagangan Manila-Acapulco bermula pada tahun 1568 (putih) dan laluan timur pesaingnya dari Portugal (biru) pada tahun 1498-1640

Meskipun perkhidmatan ini tidak dimulakan sehingga hampir 50 tahun selepas kematian Christopher Columbus, geliung Manila memenuhi impian Columbus dengan belayar ke timur melalui barat bagi membawa pulang kekayaan India ke Sepanyol, dan seterusnya ke seluruh Eropah.

Rujukan

sunting
  1. ^ Williams, Glyn. 1999. The Prize of All the Oceans. Viking, New York. ISBN 0-670-89197-5, p. 4

Bacaan lanjut

sunting
  • Schurz, William Lytle. (1917) "The Manila Galleon and California", Southwestern Historical Quarterly, Vol. 21, No. 2, pp. 107–126
  • Schurz, William Lytle. The Manila Galleon. New York: E. P. Dutton & Co., Inc., 1939.

Pautan luar

sunting