Garis Wallace
Garis Wallace (bahasa Inggeris: Wallace Line) adalah sempadan yang memisahkan ekozon Asia dan Wallacea (yang merupakan zon peralihan antara Asia dan Australia). Di barat garis dijumpai organisma berkaitan dengan spesies Asia; di timur garis hadir spesies campuran asal Asia dan Australia. Garis ini dinamakan sempena Alfred Russel Wallace, yang mendapati dengan jelas garis pemisah ini selama perjalanan melalui Hindia Timur pada abad ke-19. Garis ini melintas melalui Indonesia, antara Borneo dan Sulawesi, dan melalui Selat Lombok antara Bali (di barat) dan Lombok (di timur). Antonio Pigafetta juga mencatat perbezaan biologi yang berkontras antara Filipina dan Kepulauan Maluku (yang terletak di sisi berlawanan daripada garis) pada tahun 1521 selama mengikuti kelanjutan dari pelayaran Ferdinand Magellan (iaitu selepas Magellan sendiri tewas di Mactan, Filipina).
Jarak antara Bali dan Lombok adalah kecil, hanya sekitar 35 kilometer. Pengedaran spesies burung banyak yang mengikuti garis tersebut, kerana banyak burung menolak untuk menyeberangi bahkan bentangan terkecil air laut lepas. Beberapa kelawar mempunyai pengedaran yang melintasi Garis Wallace, tetapi mamalia lain umumnya terbatas pada salah satu sisi sahaja. Sebuah contoh pembezaan adalah pada kera. Ada kumpulan-kumpulan lain dari tanaman dan haiwan yang menunjukkan pola-pola berbeza, tetapi pola secara umum amatlah jelas dan cukup konsisten.
Rujukan
sunting- van Oosterzee, Penny (1997). Where Worlds Collide: the Wallace Line.
- Pleistocene Sea Level Maps
- Wallacea - a transition zone from Asia to Australia, specially rich in marine life and on land.
- Dawkins, Richard (2004). The Ancestor's Tale. Weidenfeld & Nicolson. ISBN 0-7538-1996-1. Chapter 14 - Marsupials.
Borneo
sunting- Abdullah, M. T. (2003). Biogeography and variation of Cynopterus brachyotis in Southeast Asia. PhD thesis. The University of Queensland, St Lucia, Australia.
- Hall, L. S., Gordon G. Grigg, Craig Moritz, Besar Ketol, Isa Sait, Wahab Marni and M. T. Abdullah (2004). "Biogeography of fruit bats in Southeast Asia". Sarawak Museum Journal LX(81):191-284.
- Wilson D. E., D. M. Reeder (2005). Mammal species of the world. Washington DC: Smithsonian Institution Press.
Pautan luar
sunting- (Inggeris)Too Many Lines; The Limits of the Oriental and Australian Zoogeographic Regions George Gaylord Simpson, Proceedings of the American Philosophical Society, Vol. 121, No. 2 (Apr. 29, 1977), pp. 107–120
- (Inggeris)Map of Wallace's, Weber's and Lydekker's lines