Gangstar Vegas

permainan video

Gangstar Vegas (awalnya dikenali sebagai Gangstar Vegas: City of Sin, juga dikenali sebagai Gangstar 4: Vegas, dan kini dikenali sebagai Gangstar Vegas: World of Crime) ialah permainan video aksi-pengembaraan dunia terbuka yang diterbitkan oleh Gameloft dan dibangunkan oleh sekurang-kurangnya salah satu anak syarikatnya. Ia dilancarkan untuk Android dan iOS (iPhone, iPod Touch dan iPad) pada 7 Jun 2013. Permainan ini ialah ansuran keenam (Gangstar City yang ketujuh) dalam siri Gangstar, dan didahului oleh Gangstar Rio: City of Saints dan Gangstar: New Orleans.

Gangstar Vegas
PembangunGameloft Montreal[a]
PenerbitGameloft
SiriGangstar
EnjinHavok
PlatformAndroid, iOS
Pelepasan
  • WW: 7 Jun 2013
GenreAksi-pengembaraan
ModPemain tunggal, Multipemain

Gangstar Vegas bermula di Las Vegas, Nevada. Cerita ini berkisar tentang Jason Malone, seorang atlet seni bela diri campuran (MMA yang mahir yang menjadi sasaran Frank Veliano setelah menang dalam satu pertandingan (kerana Veliano mahu Jason menjadi sebahagian daripada keluarga jenayah mafianya. Seperti permainan dalam siri Grand Theft Auto, Gangstar Vegas mempunyai elemen permainan perlumbaan dan Penembak diri-ketiga, dan menampilkan ciri-ciri permainan "dunia terbuka" yang memberi pemain lebih banyak kawalan terhadap pengalaman bermain mereka.

Setelah dilancarkan, permainan ini mendapat ulasan yang bercampur daripada pengkritik dan pemain. Mereka mengkritik grafik yang ketinggalan zaman, animasi, dan kemas kini perisian yang sering dilakukan, tetapi memuji muzik dan penggunaan grafik tiga dimensi (3D) yang meluas. Grafik 3D ini dikatakan oleh beberapa pemain sebagai peningkatan berbanding versi 3D ansuran utama sebelumnya. Permainan ini juga merupakan kejayaan komersial setelah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali di iOS dan Android.

Tatamain

sunting

Gangstar Vegas ialah permainan video aksi-pengembaraan dunia terbuka orang ketiga dengan perspektif grafik dapat digerakkan. Dunia permainan boleh diterokai dengan berjalan kaki atau dengan kenderaan. Permainan ini disusun serupa dengan permainan sebelumnya dalam siri ini. Orang awam dapat dibunuh, terutama agar pemain dapat mengambil barang koleksi, dan kenderaan juga boleh dimusnahkan. Dunia permainan keseluruhan jauh lebih besar. Gameloft memasarkannya sebagai "dunia terbuka terbesar Gangstar". Sebagai tambahan kepada misi cerita utama, pemain boleh bebas berkeliaran dan/atau mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti sampingan seperti perang geng, rompakan bank, perlumbaan jalanan dan pertandingan pertempuran bawah tanah. Tredapat juga pengurusan harta tanah yang membolehkan pemain memperoleh pendapatan melalui perniagaan yang diperoleh semasa permainan. Sesuai dengan tema permainan Las Vegas, permainan mini kasino seperti poker video, blackjack dan mesin slot juga diperkenalkan di samping beberapa pertubuhan seperti kelab malam dan kedai serbaneka.[1] Terdapat lebih daripada 80 misi[2]] yang penuh dengan aksi, menembak, perlumbaan, dan kecurian. Pemain boleh menyertai "pesta" dalam perang geng dengan pelancar api, koktel Molotov, pelancar bom tangan, dan banyak lagi senjata maut.

Penerimaan

sunting
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic61/100[3]

Permainan ini mendapat ulasan bercampur semasa dilancarkan dengan memperoleh markah 61 daripada 100 mata di Metacritic.[3] TouchArcade memberikan Gangstar Vegas empat bintang daripada lima dalam tinjauan yang menyebut permainan itu "kesenangan terbuka, ganas, penuh kemusnahan" dan memuji grafik permainan, tetapi mengkritik lakonan suara, kawalan dan masalah teknikal.[1] Ulasan yang lebih kritikal datang daripada Pocket Gamer yang memandang permainan ini bersifat benci perempuan dan merungut akan skema kawalannya dan kekurangan dalam aspek penggilapan kandungan permainan.[4]

  1. ^ Kerja tambahan oleh Gameloft Kharkiv, Gameloft Hanoi, and Gameloft Brazil.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Paterson, James (12 Jun 2013). "'Gangstar Vegas' Review – Open-Ended, Violent, Destruction-filled Fun". TouchArcade (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2016.
  2. ^ "Gangstar Vegas". BlueMods (dalam bahasa Inggeris). 19 September 2019. Dicapai pada 15 November 2019.
  3. ^ a b "Gangstar Vegas for iPhone/iPad Reviews". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  4. ^ Slater, Harry (13 Jun 2013). "Gangstar Vegas review - iPad reviews". Pocket Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2016.

Pautan luar

sunting