Gambaran budaya terhadap anjing
Gambaran budaya terhadap anjing menganjur seawal 4500 SM semasa anjing digambarkan di dinding gua. Perwakilan anjing dalam seni menjadi lebih terhurai sebaik baka individual berubah ansur dan hubungan antara manusia dengan anjing berkembang. Babak perburuan adalah popular pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Anjing digambarkan untuk melambangkan panduan, perlindungan, kesetiaan, fideliti, kewaspadaan dan kesayangan.[1]
Sebaik anjing menjadi lebih bela jinak, ia ditunjukkan sebagai haiwan teman, kerap dilukis duduk di atas pangkuan wanita. Potret anjing menjadi semakin popular pada abad ke-18 dan penubuhan The Kennel Club di United Kingdom pada 1873 dan American Kennel Club pada 1884 memperkenalkan piawaian baka atau 'gambar kata', yang menggalakkan kepopularan pemotretan anjing selanjutnya.
Sejarah awal
suntingDinding gua dan makam bertarikh kembali ke Zaman Perunggu mempunyai ilustrasi atau patung anjing. Ini secara amnya menggambarkan anjing yang digunakan untuk perburuan.[2] Mainan kanak-kanak dan seramik juga menggambarkan anjing.
-
Cave canem! Anjing penjaga dari Casa di Paquius Proculus.
-
Anjing di atas Platform Beroda Veracruz Mexico
-
Anjing terracotta Rom
-
Anjing tembikar licau Hijau China
Zaman pertengahan
suntingSecara amnya, anjing melambangkan kepercayaan dan kesetiaan.[3] Anjing, apabila disertakan dalam sebuah lukisan alergori, menggambarkan atribut kesetiaan yang dipersonifikasi.[4] Dalam potret pasangan yang sudah berkahwin, seekor anjing diletakkan di atas pangkuan seorang wanita atau di kakinya boleh mewakili kesetiaan perkahwinan. Sekiranya potret adalah tentang seorang janda, anjing boleh mewakilinya meneruskan kesetiaan terhadap ingatan tentang mendiang suaminya.[3]
Salah satu contoh anjing mewakili kesetiaan perkahwinan hadir dalam "Potret Arnolfini" oleh Jan van Eyck. Sebuah lukisan minyak di atas panel oak bertarikh 1434 oleh pelukis Belanda Awal Jan van Eyck, merupakan sebuah potret berganda panjang penuh kecil,[5] yang dipercayai mewakili saudagar dari Itali Giovanni di Nicolao Arnolfini dan isterinya,[6] mungkin di dalam rumah mereka di bandar raya Bruges di Flanders. Potret itu menggambarkan adegan perkahwinan, yang melibatkan orang diundang untuk menyaksikan upacara yang boleh dilihat pada cermin cembung di belakang, cermin melambangkan mata Tuhan. Pada masa itu orang tidak selalu berkahwin di dalam gereja, kerana dua saksi yang hadir adalah cukup untuk mengesahkan perkahwinan. Sebilangan lambang boleh dijumpai dalam gambar: buah, lambang kesuburan dan kekayaan, kasut ditanggalkan (ini ialah tempat suci), dan anjing. Buah oren yang secara bersahaja diletakkan di kiri ialah tanda kekayaan; buah itu adalah sangat mahal di Burgundy, dan mungkin merupakan salah satu item yang diurus niaga oleh Arnolfini. Anjing kecil itu melambangkan kesetiaan dalam ikonografi Zaman Pertengahan,[5] atau boleh dilihat sebagai lambang hawa nafsu, menandakan keinginan pasangan untuk mempunyai anak.[7] Tidak seperti pasangan itu, anjing itu melihat keluar untuk menemui renungan pelihat.[8] Anjing itu boleh juga hanya merupakan anjing riba, hadiah daripada suami kepada isteri. Ramai wanita kaya di dalam seisi istana mempunyai anjing riba sebagai teman. Dalam kes itu, anjing boleh mencerminkan kekayaan atau status sosial.[9] Semasa Zaman Pertengahan, imej anjing kerap diukir pada batu nisan untuk mewakili kesetiaan feudal atau kesetiaan perkahwinan si mati.[10]
Adegan perburuan
suntingAdegan perburuan ialah topik am dalam seni Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Perburuan dalam Zaman Pertengahan ialah sukan yang eksklusif kepada bangsawan dan perburuan ialah bahagian penting dalam etiket istana. Anjing pemburu berkenaan berhubungan dengan aristokrasi. Perburuan dianggap sebagai sukan, tetapi juga sebagai cara untuk menunjukkan keberanian, kemurnian kesatria sementara memburu mangsa berbahaya seperti babi hutan dan beruang. Anjing pemburu membolehkan manusia untuk mengejar dan membunuh mangsa yang tanpanya perburuan adalah sangat sukar atau berbahaya. Baka anjing berlainan digunakan untuk jenis perburuan berlainan. Perburuan dengan anjing adalah sangat popular sehingga semasa Zaman Pertengahan, beruang liar pada Zaman Pertengahan sudah pun diburu sehingga kepupusan di England.
Sungguhpun pembelajinakan haiwan menjadi agak meluas dan selepas kemajuan pertanian, perburuan biasanya merupakan penyumbang ketara kepada bekalan makanan manusia. Perburuan juga memenuhi keperluan amali, pemastian makanan untuk meja kebangsawanan. Bangsawan membelanjakan wang mereka untuk kawanan anjing pemburu yang dibiakbakakan secara khas adalah biasa juga. Gaston Phoebus (30 April 1331 – 1391) mengarang sebuah buku panduan dan ada beberapa dewangga dari masa yang menggambarkan adegan perburuan.[11] Sungguhpun kebangsawanan ialah perburuan, perburuan telah dilarang kepada hamba, petani dan juga paderi Gereja Katolik Rom. Lalu, Corpus Juris Canonici (C. ii, X, De cleric. venat.) mengatakan, "Kami melarang kepada semua hamba Tuhan perburuan dan ekspedisi melalui hutan dengan anjing pemburu; dan kami juga melarang mereka untuk membela helang sikap atau falkon." Majlis Lateran Keempat, dipegang di bawah Paus Innocent III, mendekrikan (kanun xv): "Kami memerintahkan larangan terhadap pemburuan atau penghelangan kepada semua paderi." Dekri Majlis Trent dikatakan dengan lebih sederhana: "Benarkan paderi berkecuali daripada pemburuan dan penghelangan haram" (Sess. XXIV, De reform., c. xii), yang kelihatan mengimplikasi bahawa bukan semua pemburuan adalah haram, dan pakar kanun secara amnya membuat pembezaan mengisytiharkan pemburuan bising (clamorosa) haram, tetapi bukan pemburuan senyap (quieta). Lalu, anjing pemburu jarang digambarkan menemani paderi, tetapi sangat kerap menemai yang dalam kelas sosial tertinggi masyarakat itu.
Dalam heraldik
suntingDalam monarki, aristokrasi ialah kelas orang yang sama ada memiliki gelaran turun-temurun yang dianugerahkan oleh monarka atau berkaitan dengan orang sedemikian, dan disebabkan oleh hubungan spesifik aristokrat engan anjing pemburu, anjing kerap ditunjukkan sebagai lambang dalam jata-jata dipakai para bangsawan. Pada Zaman Pertengahan hujung dan Zaman Pembaharuan, ilmu jata menjadi disiplin yang sangat terkembang. Anjing pelbagai jenis, dan kadang-kadang baka tertentu, hadir sebagai caj dan penyokong dalam banyak jata, dan kerap melambangkan keberanian, kewaspadaan, kesetiaan dan fideliti.[12]
Tiga gelaran enkaustik bertarikh kembali dari abad ke-15 menonjolkan seekor anjing pemburu putih, gencana keluarga Talbot dan inskripsi "Sir John Talbot" (Earl Ke-1 Shrewsbury). Sebahagian daripada satu set empat, jubin-jubinnya mungkin pada asalnya digunakan pada lantai gereja. Istilah talbot digunakan dalam heraldik untuk merujuk anjing pemburu berperilaku baik. Anjing Talbot selalu menggambarkan jata Talbot dan merupakan anjing pemburu asli sebagai lambang heraldik Inggeris. Ia dipotretkan dalam gencana keluarga bagi beberapa keluarga bangsawan Jerman an sekurang-kurangnya tujuha lagi keluarga Inggeris.[13]
Abad ke-16 dan ke-17
suntingSemasa abad ke-16 dan ke-17, anjing digambarkan dalam adegan perburuan, atau digambarkan mewakili status sosial, sebagai anjing riba, atau kadang-kadang sebagai sahabat peribadi. Ia mungkin juga digunakan sebagai lambang dalam lukisan. Ahli falsafah Yunani Diogenes (404-323 SM) digambarkan oleh Jean-Léon Gérôme, bertemankan anjing yang juga merupakan lambang falsafah "sinisnya" (Bahasa Yunani: "kynikos," keanjingan), yang menegaskan kewujudan cekin.[14] Diogenes menyatakan bahawa "Tidak seperti manusia yang sama ada memperdayakan yang lain atau diperdayakan, anjing akan memberikan salakan jujur pada kebenaran. Anjing lain menggigit musuhnya, saya menggigit sahabat saya untuk menyelamatkan mereka."[15] Ahli falsafah Yunani ini duduk di dalam kediamannya, tab tembikar, - kadang-kadang juga digambarkan duduk di dalam sebuah tong, - di Metroon, Athens, menghidupkan lampu pada siang yang dengannya dia mahu pergi mencari orang jujur.
Hendrik Martenszoon Sorgh mungkin menggambarkan sarjana yang ketara kerana kesignifikanannya terhadap profesion tertentunya, menggambarkan sebuah buku, atau pengkhutbah dan ahli teologi Protestan dengan Alkitab terbuka di atas meja. Seekor anjing digambarkan sebagai teman kepada sarjana berkenaan merupakan lambang fideliti, kewaspadaan dan kenalaran dalam penyelidikan kerana tertugas kepada kecerdasan dan gerak hati semula jadi anjing, dan nuri merupakan lambang dan keilmiahan dan kepetahan.[15][16]
-
Lukisan oleh Hendrik Martenszoon Sorgh, seorang sarjana Belanda duduk dengan anjingnya dan nurinya.
-
Potret Diri, oleh Louis Meijer. Anjing pelukis duduk di atas pangkuannya.
-
Gustave Courbet, potret diri dengan spaniel hitam.
-
Jean-Léon Gérôme. Diogenes dengan anjing-anjing.
-
Sir Edward Hales, Baronet, of Hales Place, Hackington, Kent dengan anjingnya, oleh Philippe Mercier.
-
Seniman tidak diketahui, potret seoran lelaki dengan bir, layang-layang dan anjing-anjingnya.
-
Pompeo Batoni (1708–1787) Potret Sir Wyndham Knatchbull-Wyndham dengan seekor whippet.
-
Anthony van Dyck, kelima-lima anak tertua Charles I dari England dengan dua ekor anjing.
Abad ke-18
suntingTradisi penunjukan anjing dalam adegan perburuan diteruskan sehingga abad ke-18.[17]
Abad ke-19 dan ke-20
suntingGambar yang berjudul Anggota Kenamaan Persatuan Kemanusiaan (bahasa Inggeris: A Distinguished Member of the Humane Society ) menggambarkan seekor anjing yang sangat dikenali di London pada masa itu. Anjing tersebut digambarkan oleh Sir Edwin Landseer 1838, merupakan seekor anjing Newfoundland dipanggil "Bob", yang dijumpai di dalam sebuah bangkai kapal di luar pinggir laut England. Anjing berkenaan menjumpai jalannya ke tepian air London tempat ia dikenali kerana menyelamatkan orang daripada tenggelam, sejumlah dua puluh tiga kali melalui empat belas tahun. Oleh sebab ini, ia dijadikan sebagai anggota kenamaan Persatuan Kemanusiaan Diraja, menganugerahinya pingat dan capaian kepada makanan.[18] Anjing Newfoundland dengan tompok putih kini diiktiraf sebagai baka sendiri, sebagai "anjing Landseer".[19]
Lukisan tersebut diperihalkan oleh The Art Journal 1838 sebagai "salah satu terbitan terbaik dan paling menarik tahuna," dan "usaha besar pertama En Thomas Landseer dalam jabatan seni ini."[20] Suatu salinan abad ke-19 bagi lukisan itu oleh George Cole dijual oleh jurulelong Bonhams buat £7,200 pada Mac 2007.[21]
Menjelang era Victoria, tradisi yang sporting kekal tetapi selepas penubuhan The Kennel Club di United Kingdom pada 1873 dan American Kennel Club pada 1884 memperkenalkan piawaian baka atau 'gambar kata', potret anjing meningkat kepopularannya.[17] Ada perbezaan antara gaya penggambaran British dengan Eropah; William Secord, seorang pakar seni anjing sedunia,[22] menggambarkannya dengan menyatakan: "Seniman Belgium, Belanda, Flanders dan Jerman lebih dipengaruhi oleh realisme, menggambarkan anjing dengan cara kelihatannya, dengan tanah pada bulunya dan air liur dan perkara sebegitu. Anda melihat Alfred Stevens, orang Belgium, melukis anjing jalanan dan anjing yang menderita, yang di England tidak akan anda lihat. Gambaran British lebih diunggulkan. Mereka menghendakinya cantik.”[23]
Sezaman
suntingHarga yang dicapai untuk seni anjing meningkat pada 1980-an hingga 1990-an dan mula untuk mendapat kepopularan dalam lingkungan seni tertubuh lebih daripada pasaran antik. Pembeli secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori dominan: pemburu; pembiak baka dan pempamer anjing pedigri; dan pemilik haiwan teman.[24]
Pablo Picasso kerap menyertakan anjing temannya dalam lukisannya.[25] Yang terutamanya terkenal dan kerap ditonjolkan dalam karyanya ialah seekor dachshund, bernama Lump, yang sebenarnya dimiliki oleh David Douglas Duncan tetapi tinggal dengan Picasso.[26]
Galeri
sunting-
Johann Christof Merck, anjing dengan kolar, 1705.
-
Gerrit Dou, Anjing Tidur, 1650.
-
John Wootton (1682–1764) Seekor Anjing Pemburu Berbintik Kelabu.
-
Anak Anjing oleh Carl Reichert (1836–1918).
-
Terier Kecil oleh Frederick August Wenderoth, 1875.
-
Seekor greyhound dengan landskap oleh Alfred Dedreux (1810–1860).
-
Dash, seekor ster dalam landskap berkayu, oleh Jacques-Laurent Agasse (1767–1849).
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lukisan anjing |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing dalam heraldik |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Greyhound dalam seni |
Rujukan
sunting- ^ Animal Symbolism in Many Cultures
- ^ "Dog". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 24 September 2013.
- ^ a b Hall, James (1979), Dictionary of Subjects and Symbols in Art, Harper & Row, ISBN 978-0-06-430100-8
- ^ Kleiner, Fred S. (2009). Gardner's Art through the Ages: The Western Perspective. Wadsworth Publishing Company. m/s. 402.
- ^ a b Erwin Panofsky menerbitkan sebuah rencana bertajuk Potret 'Arnolfini' Jan van Eyck dalam The Burlington Magazine 1934
- ^ Stockstad Cothren
- ^ seperti yang telah dihujahkan oleh sejarawan seni Craig Harbison
- ^ Harbison, Craig, Jan van Eyck, The Play of Realism, Reaktion Books, London, 1991, ISBN 0-948462-18-3 pp. 33–34
- ^ Harbison, Craig, "Sexuality and social standing in Jan van Eyck's Arnolfini double portrait", Renaissance Quarterly, jilid 43, keluaran 2, ms 270, Musim Panas 1990, JSTOR
- ^ Keister, Douglas (2004). Stories in Stone: A Field Guide to Cemetery Symbolism and Iconography. Salt Lake City, Utah: Gibbs Smith. m/s. 72.
- ^ "Medieval and renaissance hunting". Muzium Victoria dan Albert. Dicapai pada 24 September 2013.
- ^ ~ Heraldry Symbols
- ^ Waters, Nick (5 November 2010). "History of the Talbot tiles". Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-18. Dicapai pada 18 Januari 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Cf. Plato, Republic Book II
- ^ a b Diogenes dari Sinope, dipetik oleh Stobaeus, Florilegium, iii. 13. 44.
- ^ ""Logical Rudeness"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-04. Dicapai pada 2014-05-24.
- ^ a b "Victorian England". William Secord Gallery. Dicapai pada 24 September 2013.
- ^ "The Newfoundland in Art & Literature". Kelab Anjing Newfoundland Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-16. Dicapai pada 10 September 2011.
- ^ Story, George M. (1990). Dictionary of Newfoundland English. Toronto: Akhbar Universiti Toronto. m/s. 344. ISBN 978-0-8020-5887-4.
- ^ The Art Journal. I. London: The Art Union. 1839. m/s. 173.
- ^ "Lot Details: A Distinguished Member of The Humane Society". Bonhams. Dicapai pada 10 September 2011.
- ^ "William Secord Gallery". Ralph Lauren Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-23. Dicapai pada 23 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Dog Art: The Dog Has Been a Muse to Countless Artists and a Delight to Viewers". Art & Antiques. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-23. Dicapai pada 24 September 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Silberman, Vanessa (Mei 2001). "Who Let the Dogs Out?". Art Business News. 28 (5). Dicapai pada 24 September 2013.
- ^ "Dogs in art". Purina. Dicapai pada 24 September 2013.
- ^ Coren, Stanley. "Picasso's Dogs". Modern Dog Magazine. Dicapai pada 23 November 2013.