Gading sebagai perhiasan
Gading haiwan banyak digunakan sejak zaman-berzaman untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan dari ukiran, gigi palsu hingga ke mainan sekalipun seperti domino[1] Bahan ini boleh didatangkan daripada pelbagai sumber, gajah merupakan haiwan utama yang dicari namun haiwan lain seperti mamot, walrus, badak air, ikan-ikan paus sperma dan kelasa, narwhal serta babi hutan juga digunakan.[2][3]
Penggunaan mengikut budaya
suntingTamadun-tamadun Barat
suntingKedua-dua tamadun Yunani and Rom purba banyak menggunakan gading untuk menghasilkan pelbagai jenis karya seni, alatan upacara malah juga bahan perhiasan. Kepupusan spesies gajah Syria dan Afrika Utara dikatakan akibat permintaan yang tinggi terhadap bahan gading pada zaman ini.[4]
Alam Cina
suntingMasyrakat China turut memandang tinggi bahan ini atas mutunya dalam pembuatan karya berseni dan peralatan seharian, baik untuk mebghasilkan patung dewa-dewi hingga ke bahagian paip untuk menghisap candu.[5]
Asia Tenggara
suntingBahan ini digunakan dalam kerajaan dalam kawasan Indochina (kini merangkumi Myanmar, Thailand, Laos dan Kemboja) dalam pembuatan cap mohor yang berukiran halus[6] untuk tujuan memeterai persuratan rasmi, serta juga dalam pembuatan bekas mudah kedap udara. Ia dijadikan bahan digemari masyarakat kerajaan-kerajaan dalam Alam Melayu dalam pembuatan hulu keris. Di Filipina pula, ia digunakan sebagai bahan ukiran membuat muka dan tangan patung tokoh agama yang enghiasi gereja-gereja, terutamanya dalam budaya Santero.
Pemerolehan dan pengawalan bahan mentah
suntingGading bisa diambil daripada bangkai haiwan yang sudah mati, namun kebanyakan gading diperolehi melalui pembunuhan gajah yang masih hidup; terdapat suatu catatan pada tahun 1930 misalnya yang menyatakan sebanyak 700 ekor gajah dibunuh bagi mendapatkan sebanyak 40 tan gading.[7] Kawanan-kawanan gajah liar diburu dan dibunuh secara besar-besaran kerana permintaan bahan gading yang sangat tinggi pada awal abad ke-20.[8] Berikutan pengurangan mendadak taburan liar haiwan yang diburu ini setelah sekian lama, import dan penjualan gading diharamkan atau diberikan kawalan sangat ketat di banyak negara. Polisi ini turut dibawa ke pembelian dalam talian, misalnya pengenaan pengharaman penjualan gading gajah antarabangsa di laman eBay oleh Tabung Kebajikan Haiwan Antarabangsa pada tahun 2007.
Rujukan
sunting- ^ "George Washington's false teeth not wooden". Associated Press. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ Espinoza, E. O.; M. J. Mann (1991). Identification guide for ivory and ivory substitutes. Baltimore: World Wildlife Fund and Conservation Foundation.
- ^ U.S. Fish and Wildlife Service Forensics Lab. "Ivory Identification Guide – U.S. Fish and Wildlife Service Forensics Laboratory". fws.gov. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ Revello, Manuela, “Orientalising ivories from Italy”, in BAR, British Archaeological Reports, Proceedings of International Symposium of Mediterranean Archaeology, Februari 24–26, 2005, Università degli Studi di Chieti, 111–118.
- ^ Martin, S. (2007). The Art of Opium Antiques. Silkworm Books, Chiang Mai
- ^ Daniel Stiles. "Ivory Carving in Thailand". Asianart.com. Dicapai pada 2017-11-03.
- ^ "Ivory Tusks by the Ton". Popular Science: 45. November 1930.
- ^ "Piano Keys From Elephant Tusk". Popular Science. January 1937.