Gabungan diesel atau gas

Gabungan diesel atau gas (CODOG) adalah satu jenis sistem pendorongan marin untuk kapal yang memerlukan halaju maksima yang lebih tinggi daripada halaju krusnya, terutamanya pada kapal perang moden seperti frigat dan korvet.

Prinsip pada satu susunan CODOG

Sistem

sunting
Gabungan
pendorongan
marin

CODOG
CODAG
CODLAG
CODAD
COSAG
COGOG
COGAG
COGAS
CONAS

Untuk setiap aci bebaling, terdapat sebuah enjin diesel untuk halaju krus dan sebuah turbin gas bergiar untuk kegunaan halaju tinggi. Kedua-duanya dihubungkan ke aci melalui klac; hanya satu sistem yang memacu kapal pada suatu masa, berlawanan dengan sistem gabungan diesel dan gas (CODAG) yang mana menggunakan kedua-dua gabungan kuasa output.[1] Kelebihan CODOG adalah sistem giar yang lebih ringkas berbanding CODAG, tetapi memerlukan sama ada lebih kuasa atau turbin gas tambahan untuk menghasilkan kuasa output maksima yang setara. Keburukannya pula adalah penggunaan bahan api pada halaju tinggi yang lebih rendah berbanding dengan CODAG.

Kapal-kapal yang menggunakan CODOG

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ Friedman, p. 206

Bibliografi

sunting
  • Friedman, Norman (1993). "Propulsion". Dalam Gardiner, Robert & Friedman, Norman (penyunting). Navies in the Nuclear Age. London: Conway Maritime Press. m/s. 199–210. ISBN 1-55750-613-2.