M. G. Pandithan
(Dilencongkan daripada G. Pandithan)
Tan Sri M.G. Pandithan (3 April 1940[1] - 30 April 2008) merupakan bekas Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF). Beliau meninggal dunia pada 30 April 2008 di Hospital Kuala Lumpur semasa berumur 68 tahun.
Tan Sri Dato' M. G. Pandithan PSM, PJN; DSSA (Selangor); KMN | |
---|---|
Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1990–2008 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Puan Sri Jayashree M. G. Pandithan (Pemangku) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tapah | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Kawasan diciptakan daripada Batang Padang |
Digantikan oleh | K. Kumaran |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nyanapandithan @ Gnanapandythan a/l Muthandi 3 April 1940 |
Mati | 30 April 2008 Hospital Kuala Lumpur | (umur 68)
Parti politik | MIC (-1988) IPF (1990-2008) |
Pasangan | Puan Sri Jayashree M. G. Pandithan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pandithan merupakan bekas ahli parti Kongres India Malaysia (MIC). Beliau pernah bertelagah dengan Datuk Seri Samy Vellu pada 1988, dan kemudian dipecat dari parti pada 16 Julai 1988. Setelah gagal untuk kembali ke MIC, kemudian Pandithan menubuhkan dan menjadi Pengerusi AMIPF pada Julai 1990
Kenangan jasa
suntingPada 10 September 2009, Jalan Berhala di Brickfields ditukar nama kepada Jalan M.G.Pandithan. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan.[2]
Rujukan
sunting- ^ Retna, S. "Pandithan: A Fighter With A Never-say-die Attitude". Bernama. Dicapai pada 2008-04-30.
- ^ Jalan Berhala ditukar nama mulai hari ini