Fusajiro Yamauchi
Fusajirō Yamauchi (山内 房治郎 , Yamauchi Fusajirō, 22 November 1859 – 1 January 1940), lahir sebagai Fusajirō Fukui (福井 房治郎 ), ialah usahawan Jepun yang menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai Nintendo. Yamgauchi menetap di Kyoto, Jepun dan telah mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan iaitu Tei Yamauchi yang kemudiannya mengahwini Sekiryo Kaneda.
Fusajirō Yamauchi | |
---|---|
山内 房治郎 | |
Presiden pertama dan pengasas Nintendo | |
Dalam jawatan 23 September 1889 – 1929 | |
Didahului oleh | Pengasas |
Digantikan oleh | Sekiryo Kaneda |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kyoto, Jepun | 22 November 1859
Mati | 1 Januari 1940 | (umur 80)
Cause of death | Angin ahmar / Strok |
Pasangan | Koma Honda (kahwin 1881) |
Anak | Sada (lahir 1887) |
Dikenali dengan | Pengasas Nintendo dan Kad Nintendo llc. |
Sebelum Nintendo
suntingFusajiro Fukui lahir pada tahun 1859 di Kyoto, Jepun, sebagai anak sulung Sosuke Fukui. Bekerja di Syarikat Haiko Cement, Fukui menerima nama keluarga Yamauchi setelah diambil sebagai anak angkat oleh Naoshichi Yamauchi pada tahun 1872.[1][2]
Nintendo Koppai
suntingPada 23 September 1889, Fusajiro Yamauchi membuka kedai kad "Hanafuda"[3] (kad bunga) pertama yang dipanggil " Nintendo Koppai ", ketika masa pemerintah Jepun melarang permainan kad bagi masyarakat, kerana permainan itu dikaitkan dengan perjudian, kecuali kad permainan Yamauchi.[4][5] Dengan kejayaan besar yang dicapainya dalam menjual kad-kad ini, dia dengan cepat mulai mengembangkan dan membuka sebuah lagi kedai kad di Osaka. Dia kemudian membuat lebih banyak permainan kad.
Persaraan dan kematian
suntingFusajiro berlepas dari syarikat itu pada tahun 1929, meninggalkan menantunya Sekiryo Kaneda (yang namanya telah berubah menjadi Sekiryo Yamauchi) untuk mengendalikan syarikat itu. Fusajiro tetap tidak melibatkan diri dalam perniagaan ini sepanjang hayatnya sehingga dia meninggal dunia akibat strok pada tahun 1940.[6] Cucu Fusajiro, Hiroshi Yamauchi, mengambil alih Nintendo pada bulan September 1949 dan menguruskan syarikat itu selama 53 tahun, mengubahkannya menjadi sebuah syarikat permainan video yang bernilai berbilion dolar dan merupakan sebuah konglomerat global.
Rujukan
sunting- ^ "History" (dalam bahasa Japanese). Haiko. Dicapai pada May 2, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "灰孝本店と任天堂の基礎を築いた山内房治郎(山内一正さん)" (dalam bahasa Japanese). City of Kyoto. December 13, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2019. Dicapai pada May 2, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Hanafuda". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 22 February 2019.
- ^ "N-Sider.com: Nintendo History Lesson". 31 January 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2009. Dicapai pada 22 September 2018.
- ^ "Fusajiro Yamauchi - NNDB". NNDB. 2014. Dicapai pada 6 March 2016.
- ^ "Fusajiro Yamauchi - Founder of Nintendo". Classic Gout.com. 10 April 2012. Dicapai pada 5 August 2012.
Pautan luaran
sunting- [1] Mainkan