Penyaratan fungsi
(Dilencongkan daripada Function overloading)
Penyaratan fungsi atau penyaratan kaedah (bahasa Inggeris: function overload, method overload) ialah satu ciri dalam sesetengah bahasa pengaturcaraan yang membolehkan beberapa subrutin dibina dengan nama yang sama namun berbeza pelaksanaannya.
Contoh dalam Java:
public class Contoh {
public String beriSapaan(Lelaki lelaki) {
return "Hai Encik " + lelaki.getName() + ", anda apa khabar?";
}
public String beriSapaan(Cikgu cikgu) {
return "Selamat sejahtera Cikgu " + cikgu.getName() + ".";
}
}
Dalam contoh di atas, ada dua kaedah dengan nama yang sama, iaitu beriSapaan
, dan kedua-duanya menerima jenis data yang berbeza. Ini membolehkan kaedah beriSapaan
mengeluarkan hasil berlainan bergantung kepada hujah yang diberi kepadanya.