Ōtsuki Fumihiko (大槻 文彦) merupakan seorang leksikografi, ahli linguistik dan sejarawan Jepun. Beliau terkenal dengan penghasilan kamus Bahasa Jepun yang disunting secara bersendirian bertajuk, Genkai (言海, "lautan kata-kata", 1891) dan edisi seterusnya bertajuk Daigenkai (大言海, "lautan kata-kata yang lagu besar", 1932–1937), dan kajian beliau mengenai tatabahasa Jepun.

Ōtsuki Fumihiko
</img>
Ōtsuki Fumihiko
dilahirkan ( 1847-12-22 ) 22 Disember 1847



</br>
meninggal dunia 17 Februari 1928 (1928-02-17) (berumur 80)



</br>
Tokyo, Jepun
kewarganegaraan Jepun
pekerjaan Ahli bahasa, Leksikograf

Biografi

sunting

Ōtsuki Fumihiko dilahirkan di bahagian Kobiki-chō (木挽町), Edo yang kini terletak di bahagian Ginza, Tokyo. Beliau merupakan anak ketiga kepada sarjana Konfusian dan pakar senjata api, Ōtsuki Bankei (大槻磐渓) dan cucu kepada sarjana Konfusian dan Barat, Ōtsuki Gentaku (大槻玄沢). Mengikuti tradisi keluarganya, beliau telah memulakan pendidikannya dengan subjek pengajian Barat, belajar bahasa Inggeris dan matematik di sekolah Kaiseijo (salah sebuah sekolah pendahulu sebelum ia menjadi sebahagian daripada Universiti Tokyo).

Semasa muda, Ōtsuki telah bekerja sebagai penasihat Sendai Domain, dan pernah bertempur di Pertempuran Toba–Fushimi dalam Perang Boshin semasa Pemulihan Meiji di pihak Tokugawa Bakufu yang kalah. Beliau kemudiannya membantu dalam pembentukan Ōuetsu Reppan Dōmei. Selepas Pemulihan Meiji, beliau telah bekerja sebagai penterjemah sambil mempelajari bahasa Inggeris daripada orang Amerika syarikat yang banyak tinggal di bandar pelabuhan Yokohama. Sekitar tahun 1872, beliau telah menyertai kerja penyuntingan kamus Inggeris-Jepun untuk Kementerian Pendidikan, dan beliau kemudiannya bekerja dengan menulis buku teks sekolah dan mengajar di sekolah-sekolah Prefektur Miyagi.

Penghasilan kamus pertama beliau, Genkai adalah hasil usaha beliau sendiri dan juga diterbitkan menggunakan wang persendirian beliau. Walaupun begitu, tidak lama selepas penerbitan Genkai, beliau telah menyunting kembali dan menerbitkan semula dalam sebuah edisi komersial yang menerima tempahan lebih kurang seribu cetakan. Kamus tersebut dimodelkan sebahagiannya daripada kamus bahasa Barat, akan tetapi Genkai bukan sahaja memberikan maklumat asas tentang perkataan (seperti kamus bahasa Inggeris yang biasa) — Genkai juga memberi penulisannya dalam tulisan kana dan kanji serta takrifannya dalam bahasa Jepun — tetapi juga sebutan dan etimologi dan petikan penggunaannya. Penggantinya, Daigenkai mempunyai empat jilid, walaupun diterbitkan di bawah nama Ōtsuki dan berdasarkan sebahagian daripada karyanya, muncul beberapa tahun selepas kematiannya dan disiapkan oleh ahli leksikograf lain.

 
Patung Ōtsuki Fumihiko di Sekolah Rendah Sendai Dai-Ichi, Wilayah Miyagi

Karya tatabahasa bahasa Jepun Ōtsuki, terutamanya A Comprehensive Japanese Grammar (広日本文典, Kō Nihon Bunten) dan The Grammar of Spoken Japanese (口語法, Kōgohō) , merupakan hasil kerja beliau yang sangat terpengaruh sehingga ia mempengaruhi pengajaran tatabahasa Jepun untuk generasi akan datang.

Rujukan

sunting