Frigat Type 23
Frigat Type 23 ataupun dikenali juga sebagai Frigat kelas “Duke” adalah satu kelas kapal frigat yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Britain. Kelas ini dikenali sebagai kelas “Duke” kerana dinamakan mengikut nama gelaran-gelaran “Duke” (satu kumpulan pewarisan orang bangsawan di Britain).
HMS Somerset
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Type 23 |
Pembina: | Swan Hunter dan Yarrows |
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Tentera Laut Chile |
Sebelumnya: | Frigat Type 22 |
Selepasnya: | Tiada |
Ditauliah pada: | 24 November, 1987 |
Jumlah disiapkan: | 16 |
Jumlah aktif: | 13 (Tentera Laut Diraja Britain) & 3 (Tentera Laut Chile) |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Frigat |
Sesaran: |
Standard:3500 tan Full Load:4200tons |
Panjang: | 133 m (436 kaki 4in) |
Lunas: | 16.1 m (52 kaki 10in) |
Draught: | 7.3 m (24 kaki) |
Jana kuasa: | CODLAG dengan 4 unit penjana elektrik 1510kW (2025-shp) Paxman Valenta 12CM yang menjana dua motor elektrik GEC menghasilkan 2980kW (4000 shp) dan dua Rolls-Royce Spey SM1A menghasilkan 23,190kW (31,100 shp) kepada dua aci |
Halaju: | 28 knot (HMS Sutherland baru-baru ini mencapai 34.4 knot semasa ujian berkelajuan tinggi pada bulan November 2008) |
Jarak: | 14,485 km (9000 batu) pada 15 knot |
Anak kapal: | 181 |
Persenjataan: |
2x pelancar berkembar empat bagi membawa lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan Harpoon 2x GWS.26 VLS for 32 Sea Wolf SAMS 1x 4.5in (114mm) meriam Mk 8 DP 2x meriam anti udara DS 30B 30mm 2x tiub berkembar 12.75in (324mm) untuk torpedo peperangan anti-kapal selam Stingray. |
Pesawat yang dibawa: | 1x helikopter Lynx HMA.Mk3/8 atau Merlin HM.Mk 1 |
Kapal Type 23 pertama ditauliahkan dalam tahun 1989 dan kapal yang penghabisan dalam kelas ini di ditauliahkan dalam tahun 2002. Sebanyak 16 buah kapal kelas ini telah dibina, tiga buah darinya kini berkhidmat dengan Tentera Laut Chile manakala 13 buah lagi berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.
Reka Bentuk
suntingAsal usul
suntingFrigat Type 23 pada mulanya diilhamkan sebagai sebuah platform untuk melaksanakan peperangan anti kapal selam dan dilengkapkan dengan sebuah helikopter (Westland Lynx ataupun EHI Merlin) dan sonar jujukan tunda. Kelas frigat ini dibina untuk menggantikan frigat kelas Leander.
Frigat Type 23 dipesan oleh Tentera Laut Diraja Britain untuk memburu kapal selam Kesatuan Soviet di Laut Atlantik Utara. Pada mulanya, pegawai perancang mencadangkan supaya kelas frigat ini tidak diberikan senjata pertahanan diri agar sistem sistem pelancaran menegak peluru berpandu Sea Wolf dapat dipasang pada kapal pengisian minyak kelas Fort Victoria, kerana sebuah kapal kelas Fort Victoria akan menyokong 4 buah kapal frigat Type 23. Cadangan ini dibantah oleh tentera laut.
Kapal kelas Fort Victoria juga menyokong penyelenggaraan dan baik pulih helikopter di frigat Type 23, dan kapal-kapal Type 23 hanya perlu menjalankan kerja pengisian semula senjata dan pengisian semula bahan api.
Pengembangan Reka Bentuk
suntingDaripada pengajaran yang diperolehi semasa Perang Falkland, reka bentuk frigat Type 23 dibesarkan untuk membolehkan pemasangan sebuah meriam kaliber sederhana untuk memberikan bantuan tembakan unit tentera di pantai dan juga untuk serangan sasaran di permukaan laut. Misil Sea Wolf VLS memberikan pertahanan menentang kapal terbang dan juga peluru berpandu anti kapal seperti Exocet.
Pemasangan peluru berpandu jenis Harpoon pula memberikan sistem senjata serangan yang kredibel kepada frigat Type 23. Dengan itu, frigat Type 23 berubah menjadi sebuah frigat pelbagai guna yang berupaya menjalankan tugasan anti kapal selam, anti pesawat dan anti kapal.
Kapal type 23 juga direka supaya mempunyai keratan rentas radar yang rendah, pengautomatikan sistem persenjataan dan pengurusan untuk membolehkan bilangan anak kapal yang paling minimum, penggunaan sistem pendorong CODLAG yang menggabungkan enjin diesel elektrik dengan sistem turbin gas dan enjin elektrik membolehkan kapal kelas Type 23 menjalani operasi dengan senyap memburu kapal selam, ataupun dipandu laju menggunakan enjin turbin gas.
Sistem peluru berpandu Sea Wolf VLS sebenarnya direka khusus untuk kegunaan frigat Type 23 dan mula digunakan dalam kelas frigat kelas ini. Kejayaan sistem ini menyebabkan sistem Sea Wolf VLS dipilih untuk lain-lain kelas kapal termasuklah frigat kelas Lekiu yang dipesan dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.
HMS Norfolk adalah kapal pertama dalam kelas ini juta. Kapal-kapal berikut berharga £60-96 juta. Kos pengurusan sebuah frigat Type 23 dianggarkan £16 juta. Pada 21 Julai 2004, Setiausaha Pertahanan Britain Geoff Hoon mengumumkan bahawa HMS Norfolk, HMS Marlborough dan HMS Grafton akan dibersarakan sebagai satu langkah penjimatan dan pengurangan kos pertahanan. Tentera Laut Chile membeli ketiga-tiga buah kapal tersebut untuk penghantaran dalam tahun 2008. BAE Systems akan membaik pulih dan menaik taraf tiga buah kapal ini pada kos £134 juta. Kapal pertama untuk Tentera Laut Chile dinamakan Almirante Cochrane.
Spesifikasi
suntingSistem Persenjataan
sunting- 2 x pelancar berkembar empat peluru berpandu Harpoon
- 32 x Sea Wolf VLS (VLS GWS 26 Mod 1 Block 2)
- 1 x meriam 114 mm (4.5 in) Vickers Mark 8
- 2 x meriam Oerlikon 30 mm L/75 KCB
- 4 x pelancar torpedo Cray Marine 324 mm (2 twin) torpedo, Marconi Sting Ray
- NATO Seagnat, pelancar langkah balas Type 182 dan DLF3
- Aircraft:
- 1 buah helikopterWestland Lynx HM.8 atau helikopterAgustaWestland Merlin HM.1
- Persenjataan:
- peluru berpandu Sea Skua (Lynx sahaja)
- torpedo Sting Ray
- cas kedalaman
Sistem Elektronik
sunting- Penjejak: Radar pengawasan 3D BAE Systems Radar Type 996 Mod 1
- Pandu Arah : Kelvin Hughes Radar Type 1007 atau Racal Decca Type 1008
- Kawalan Tembak:
- 2 x GEC Marconi Type 911 Sea Wolf
- Pengarah/ pengawasan optronik Sperry Sea Archer 30
- Sonar: Thales Underwater Systems Type 2050
- Sonar Tunda: Ultra Electronics Type 2031Z, digantikan oleh Type 2087 untuk lapan buah kapal
- Sistem Penguruasn Tempur : BAE Systems Command System DNA(1)
Kapal
suntingNama | Nombor Pennant | Limbungan Pembina | Tarikh Dilancar | Tarilh Tauliah | Pangkalan | Status |
Norfolk | F230 | YSL, Glasgow | 11 Julai, 1987 | 24 November, 1989 | Devonport | Tentera Laut Chile |
Argyll | F231 | YSL | 8 April, 1989 | 30 Mei, 1991 | Devonport | Aktif |
Lancaster | F229 | YSL | 24 Mei, 1990 | 1 Mei, 1991 | Portsmouth | Aktif |
Marlborough | F233 | Swan Hunter , Wallsend | 21 Januari, 1991 | 14 Jun, 1991 | Portsmouth | Tentera Laut Chile |
Iron Duke | F234 | YSL | 2 Mac, 1991 | 30 Mei, 1991 | Portsmouth | Aktif |
Monmouth | F235 | YSL | 23 November, 1991 | 1993 | Devonport | Aktif |
Montrose | F236 | YSL | 31 Julai, 1992 | 2 Jun, 1994 | Devonport | Aktif |
Westminster | F237 | Swan Hunter | 9 Februari, 1992 | 1994 | Portsmouth | Aktif |
Northumberland | F238 | Swan Hunter | April 1992 | Mei 1994 | Devonport | Aktif |
Richmond | F239 | Swan Hunter | 6 April, 1993 | Oktober 1996 | Portsmouth | Aktif |
Somerset | F82 | YSL | 24 Jun, 1994 | 20 September, 1996 | Devonport | Aktif |
Grafton | F80 | YSL | 5 November, 1994 | Mei 1997 | Portsmouth | Tentera Laut Chile |
Sutherland | F81 | YSL | 9 Mac, 1996 | 4 Julai, 1997 | Devonport | Aktif |
Kent | F78 | YSL | 28 Mei, 1998 | Februari 2000 | Portsmouth | Aktif |
Portland | F79 | Marconi Marine (YSL) | 15 Disember, 2000 | 3 Mei, 2001 | Devonport | Aktif |
St Albans | F83 | BAE Systems Marine (YSL) | 6 Mei, 2000 | November 2001 | Portsmouth | Aktif |
Budaya popular
sunting- HMS Westminster digunakan dalam penggambaran filem James Bond yang bertajuk Tomorrow Never Dies bagi menggambarkan adegan dalam tiga buah kapal yang berlainan iaitu, HMS Chester, HMS Devonshire dan HMS Bedford. Untuk penggambaran di persekitaran luar, model kapal Type 23 dibina dan digunakan.
Lihat Juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Frigat Type 23. |
- Type 23 Frigate (royalnavy.mod.uk)
- Type 23 Duke Class Frigate (armedforces.co.uk)