Freeway, Dreaming & Broke
Freeway, Dreaming & Broke merupakan album studio sulung oleh kumpulan rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt. Ia dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 oleh I Seek Music Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah lagu instrumental dan merupakan album pertama dan terakhir kumpulan ini bersama I Seek Music sebelum menandatangani kontrak bersama Laguna Records (kini Laguna Music) pada 2004.
Freeway, Dreaming & Broke | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1 Oktober 2002[1] | |||
Dirakamkan pada | 1999–2002 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Hard rock, rock progresif | |||
Panjang | 45:42 | |||
Bahasa | Inggeris | |||
Syarikat | I Seek Music, EMI | |||
Penerbit | Greg Henderson | |||
Kronologi Seven Collar T-Shirt | ||||
| ||||
Single daripada Freeway, Dreaming & Broke | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Latar belakang
suntingSelepas muncul dengan EP Smiling Simulator dan lagu "Thank Quake" yang dimuatkan dalam album kompilasi Family Day (2000), Seven Collar T-Shirt didekati oleh I Seek Music yang baru ditubuhkan. Bekerja dengan Greg Henderson yang berkhidmat sebagai penerbit, kumpulan ini merakamkan Freeway, Dreaming & Broke.
Album ini dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 dengan tiga lagu dikeluarkan sebagai single, "Glory & Meaning", "Breathe" dan "Happy Chicken King". Ia merupakan album terakhir Seven Collar T-Shirt bersama I Seek Music sebelum menyertai Laguna Records dan yang terakhir dirakamkan oleh pemain dramnya, Mokhtarizal sebelum meninggalkan kumpulan itu untuk menguruskan syarikat rakamannya.
Senarai runut
suntingKesemua runut ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt.
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "What Went Wrong?" | 3:50 | |
2. | "Glory & Meaning" | 5:00 | |
3. | "Happy Chicken King" | 4:14 | |
4. | "Holiday" | 4:18 | |
5. | "Breathe" | 4:07 | |
6. | "Speechless" | 4:12 | |
7. | "Ice-Tea Tragedy" | 1:42 | |
8. | "A Musical Guide To 70's PS#@!" | 4:31 | |
9. | "Allison Font" | 6:17 | |
10. | "New" | 6:42 | |
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 1 Disember 2002 | Muat turun digital[1] Penstriman digital[2] |
I Seek Music, EMI Music Malaysia |
Rujukan
sunting- ^ a b "Freeway, Dreaming & Broke". iTunes Store (MY). Apple. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ "Freeway, Dreaming & Broke - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.