John Fredrik Reinfeldt (disebut [ˈfreːdrɪk ˈrajnˌfɛlt] ) (lahir pada 4 Ogos 1965 di Österhaninge, Daerah Stockholm, Sweden) ialah bekas Perdana Menteri Sweden dari 2006 hingga 2014, ketua Parti Sederhana konservatif liberal dan juga Presiden Majlis Eropah untuk separuh akhir tahun 2009.

Fredrik Reinfeldt
Reinfeldt pada 2014
Perdana Menteri Sweden ke-32
Dalam jawatan
6 Oktober 2006 – 3 Oktober 2014
RajaCarl XVI Gustaf
TimbalanMaud Olofsson
Didahului olehGöran Persson
Digantikan olehStefan Löfven
Presiden Majlis Eropah
Dalam jawatan
1 Julai 2009 – 1 Disember 2009
PresidenJosé Manuel Barroso
Didahului olehJan Fischer
Digantikan olehHerman Van Rompuy
Maklumat peribadi
Lahir (1965-08-04) 4 Ogos 1965 (umur 59)
Österhaninge, Sweden
Parti politikModeraterna
PasanganFilippa Reinfeldt (1992–2013)
KediamanSager Palace
Tempat belajarUniversiti Stockholm
Bidang pengkhususanAhli ekonomi
TandatanganTandatangan

Anak kelahiran daerah Stockholm ini menyertai pertubuhan Konservatif Muda Sweden pada tahun 1983, dan memegang jawatan pengerusi pada tahun 1992 hingga 1995. Beliau menyertai Parlimen Sweden sebagai wakil bagi tempat kelahiran sendirinya sejak tahun 1991. Berikutan tumpasnya kerajaan campuran pimpinan Sederhana dalam pilihan raya tahun 1994, Reinfeldt semakin mengecam kepimpinan parti oleh Carl Bildt ketika itu, menyebabkan dirinya disisihkan oleh ahli parti lain. Walau apapun, berikutan pertukaran kepimpinan pada tahun 1999 diikuti kekalahan teruk pada pilihan raya tahun 2002, Reinfeldt lambat-laun semakin berpengaruh dalam Parti Sederhana.

Reinfeldt dipilih menjadi ketua parti pada 25 Oktober 2003, mengambil alih dari Bo Lundgren. Di bawah kepimpinannya, Parti Sederhana banyak mengubah dasar-dasarnya serta mengubah haluan ke tengah melalui gelaran "Pihak Sederhana Baru" (Svensk: Nya moderaterna). Berikutan kejayaan di pilihan raya umum pada 17 September 2006, Reinfeldt dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Parlimen Baru pada 5 Oktober dan memperkenalkan jemaah menterinya pada hari berikutnya. Bersama tiga buah parti politik lain dalam Perikatan untuk Sweden yang berhaluan kanan tengah, Reinfeldt mengetuai kerajaan campuran yang disokong majoriti tipis dalam parlimen. Pada usia 41 tahun, beliau menjadi orang ketiga termuda yang menjadi Perdana Menteri Sweden. Reinfeldt mengahwini seorang lagi ahli politik bernama Filippa Reinfeldt.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Ulf Kristersson
Pengerusi Liga Pemuda Sederhana
1992 – 1995
Diikuti oleh:
Thomas Idergard
Didahului oleh
Arthur Winkler-Hermaden
Pengerusi Komuniti Pemuda Demokrat Eropah
1995 – 1997
Diikuti oleh:
Stavros Papastavrou
Didahului oleh
Office created
Pengerusi Angkatan Belia Parti Rakyat Eropah
1997 – 1999
Diikuti oleh:
Michael Hahn
Didahului oleh
Bo Lundgren
Pengerusi Parti Sederhana
25 October 2003 – kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Göran Persson
Perdana Menteri Sweden
6 October 2006 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Jan Fischer
Republik Czech
Presiden Majlis Eropah
1 July 2009 – kini
Pemegang jawatan kini