Frederich II dari Prusia
Frederick II dari Prusia atau Frederick II (24 Januari 1712 – 17 Ogos 1786) merupakan Raja dari Dinasti Hohenzollern yang memerintah Kerajaan Prusia antara tahun 1740 sehingga tahun 1786. Atas prestasinya,baginda dikenali juga dengan nama Friedrich Agung (Friedrich der Große) dan juga mendapat gelaran der alte Fritz ("Fritz Tua"). Frederick merupakan pemerintah yang banyak mempengaruhi sejarah negara Jerman.
Keputeraan
suntingBaginda diputerakan pada 24 Januari 1712 hasil perkahwinan Frederich Wilhelm I dari Prusia dan Sophia Dorothea. Ayahnya, Frederick William I merupakan Tentera Raja yang membina satu pasukan yang sangat cekap dan perkhidmatan awam yang cekap, baginda mahu anaknya menjadi seorang yang terpelajar seperti orang biasa dan bukannya sebagai seorang anak raja.
Semasa zaman kanak-kanak, Frederick II menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang kesusasteraan bahasa Perancis, sajak, falsafah dan muzik Itali. Namun begitu, ayahnya tidak bersetuju dengan minat anaknya kerana baginda mahukan anaknya melakukan sesuatu kemahiran yang lebih sesuai untuk orang lelaki seperti jurusan ketenteraan, memburu dan berkuda. Frederich tegas pendiriannya walaupun masih muda dan tidak bersetuju dengan permintaan ayahnya. Ayahnya telah memarahinya dan memukulnya sehingga lebam. Semasa berumur 18 tahun, Frederick II hendak melarikan diri ke England dengan kawannya tetapi telah ditangkap.
Baginda telah berkahwin dengan Elizabeth Christine dari Braunschweig-Bevern. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak membawa kegembiraan dan mereka tidak mempunyai anak.
Pemerintahan
suntingAyahandanya mangkat pada 31 Mei 1740 dan Frederick II telah menjadi Raja Prussia.[1] Pada ketika ini, kawasan yang mendapat pengaruh kerajaan Prusia terdiri daripada beberapa kawasan bertaburan di barat Empayar Rom Suci termasuk Kleve, Mark dan Ravensberg; the west of the [./https://en.wikipedia.org/wiki/Holy_Roman_Empire Holy Roman Empire]; Brandenburg, Vorpommern dan Hinterpommern di timur empayar tersebut serta Kerajaan Prusia yang bersempadan dengan Komanwel Poland–Lithuania. Frederich berhasrat mahu menyatukan kesemua kawasan ini dalam satu unit yang seragam serta banyak menggunakan sumber dan pengaruh ayahnya untuk mengukuhkan negaranya itu.
Kegiatan peperangan
suntingFrederick telah terlibat dengan banyak peperangan dengan negara Austria dan di antara yang paling terkenal adalah Peperangan Warisan Austria (1740-1748), Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dan Perang Warisan Bavaria pada tahun 1778. Baginda telah mengetuai pasukan tenteranya di hadapan, sebagai seorang panglima tentera.baginda sememangnya handal sebagai pelaksana dan perancang strategi peperangan. Perancangan operasinya tiada sebarang masalah dan begitu sempurna sekali.
Pembaharuan Prusia
suntingFrederick bekerja keras ke arah pertumbuhan ekonomi dan untuk membangunkan Prussia serta menjadikannya sebuah negara yang baru dan kuat dari segi politik. Baginda mengenakan tarif tinggi yang melindungi industri dalam kerajaan baginda serta mengurangkan sekatan perdagangan dalam negeri.[2] Pada tahun 1781, baginda memonopolikan penghasilan dan perdagangan kopi sehingga melantik askar yang cacat akibat perang sebagai pengintip mengesan sebarang barangan kopi haram sehingga menyusahkan rakyat jelata.[3]
Baginda turut membuat pembaharuan kepada sistem kehakiman, melonggarkan peraturan media sehingga mengalakkan kebebasan bersuara dan akhbar. Hampir semua hukuman seksa ke atas tahanan turut dimansuhkan baginda kecuali hukuman pukulan kuras untuk askar-askar yang melarikan diri. Baginda juga mengalakkan rakyat kebanyakan menganggotai badan kehakiman dan jawatan kanan kerajaan. Willian L. Langer, seorang sejarawan Amerika Syarikat, mendapati kesemua dasar-dasar ini menjadikan sistem keadilan yang ada dalam kerajaan tersebut "paling giat dan cekap di Eropah."[4]
Baliau mengalakkan kebebasan beragama dalam kerajaannya sambil mengekalkan Gereja Protestan[5] sebagai agama rasmi kerajaan. Baginda mempunyai rasa sangsi sendiri terhadap golongan tertentu seperti penganut agama Yahudi,[6] namun baginda masih mengalakkan masyarakat tersebut serta penganut Gereja Katolik menghuni kerajaannya - perkara ini dilihat lebih progresif berbanding kerajaan-kerajaan berjiranan yang lain pada ketika itu.
Kemangkatan
suntingFrederick mangkat pada 17 Ogos 1786.baginda merupakan seorang pemerintah yang unggul dan cekap dalam pemerintahannya.baginda juga merupakan satu lagenda dan merupakan orang yang penting dalam mencorakkan bukan sahaja sejara untuk negara Jerman tetapi juga sejarah Eropah secara keseluruhannya. Jasabaginda sentiasa diingati sehingga ke hari ini.
Rujukan
sunting- ^ Luvaas 1966, m/s. 3.
- ^ Langer, William (1968), Western Civilization pp. 192–94
- ^ Jews Welcome Coffee: Tradition and Innovation in Early Modern Germany Robert Liberles page 29
- ^ Langer, William (1968), Western Civilization p. 193
- ^ A History of Modern Germany: 1648–1840, Volume 1 Hajo Holborn, page 274
- ^ Amos Elon (2002) The Pity Of It All. A History of Jews in Germany 1743–1933, pp. 2, 3. ISBN 0805059644
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Frederich II dari Prusia. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Frederick II of Prussia |
- (Inggeris) "Voltaire and Frederick the Great" by Lytton Strachey Diarkibkan 2004-12-29 di Wayback Machine
- (Inggeris) Foundation for Prussian Palaces and Gardens Berlin-Brandenburg
- (Inggeris) Official Website of The House of Hohenzollern Diarkibkan 2009-05-11 di Wayback Machine
- (Inggeris) The Prussian Army Diarkibkan 2006-04-09 di Wayback Machine
- (Inggeris) Genealogy and biography
- (Jerman) Story about Frederick and Madame de Pompadour
Frederich II dari Prusia Tarikh keputeraan: 24 Januari 1712 Tarikh kemangkatan: 31 Mei 1786
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Frederich Wilhelm II |
Raja Prusia 31 Mei 1740 – 17 Ogos 1786 |
Diikuti oleh: Frederich Wilhelm II |