Frankenstein; atau, Prometheus Moden ialah sebuah novel karya Mary Shelley, seorang penulis British. Novel ini berkaitan dengan seorang ahli sains yang aneh laku atau eksentrik, Victor Frankenstein, yang mereka sebuah makhluk grotes dalam sebuah eksperiman yang tak ortodoks. Shelley mula-mula menulis cerita ini semasa beliau berumur 19 tahun, dan novel diterbitkan semasa beliau berusia 20 tahun. Edisi pertama diterbitkan secara awanama di London dalam tahun 1818. Nama Shelley hadir dalam edisi kedua yang diterbitkan di Perancis dalam tahun 1823.

Frankenstein, Judul pertama, Edisi pertama

Shelley pernah mengembara di rantau di Geneva di mana sebahagian besar cerita ini berlaku, dan tajuk-tajuk seperti galvanisme dan idea-idea tentang kejadian-kejadian ghaib yang agak sama menjadi tema perbualan dalam kalangan rakan-rakan beliau, khusunya bakal suaminya, Percy Shelley. Jalan ceritanya terbit daripada sebuah mimpi. Mary, Percy, Lord Byron, dan John Polidori memutuskan untuk mencari siapa yang dapat menulis cereka seram yang terbaik. Selepas memikirkannya buat berminggu-minggu, Shelley bermimpi tentang seorang saintis yang mencipta sesuatu yang hidup dan seterusnya berasa amat terkejut dengan ciptaannya. Shelley kemudian menulis Frankenstein.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.