Franky Vercauteren
Frank "Franky" Vercauteren (lahir 28 Oktober 1956), merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap. Beliau kini merupakan pengurus bagi kelab FC Krylia Sovetov Samara di Rusia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Frank Vercauteren | ||
Tarikh lahir | 28 Oktober 1956 | ||
Tempat lahir | Sint-Jans-Molenbeek, Belgium | ||
Ketinggian | 1.74 m (5 ka 8 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Sayap kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | FC Krylia Sovetov Samara (pengurus) | ||
Kerjaya remaja | |||
1963–1975 | Anderlecht | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1975–1987 | Anderlecht | 367 | (93) |
1987–1990 | Nantes | 78 | (19) |
1987–1990 | Nantes B | 13 | (4) |
1990–1993 | RWDM | 50 | (4) |
Jumlah | 508 | (120) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1977–1988 | Belgium | 63 | (9) |
Pasukan diurus | |||
1993–1994 | Braine (remaja) | ||
1994–1997 | Mechelen (remaja) | ||
1997–1998 | Mechelen | ||
1998 | Anderlecht (pembantu) | ||
1998–1999 | Anderlecht (sementara) | ||
1999–2005 | Anderlecht (pembantu) | ||
2005–2007 | Anderlecht | ||
2009 | Belgium | ||
2009–2011 | Genk | ||
2011–2012 | Al Jazira | ||
2012–2013 | Sporting CP | ||
2014 | Mechelen | ||
2014–2016 | Krylia Sovetov Samara | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya kelab
suntingBeliau membuat debut untuk Anderlecht pada 1975 menentang K.R.C. Mechelen. Beliau melakukan pembedahan pada Oktober 1975 dan Januari 1976 membuatkan kerjaya beliau menurun. Beliau memenangi lima kejohanan Eropah bersama Anderlecht. Beliau juga menjuarai dua Piala Belgium dan empat trofi liga serta dua kali memenangi Piala Super Belgium. Pada 1987, beliau berpindah ke kelab FC Nantes Atlantique di Perancis dan kembali ke Belgium tiga tahun kemudian untuk bermain bersama R.W.D. Molenbeek sehingga 1993.
Kerjaya antarabangsa
suntingVercauteren bermain 63 kali bersama skuad Belgium. Beliau juga termasuk dalam skuad kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia FIFA 1986. Beliau membuat debut pada 16 November 1977 tewas 3-0 kepada Ireland Utara.
Kerjaya pengurus
suntingPada penghujung kerjaya bola sepaknya, beliau menjadi pelatih kelab remaja C.S. Braine, sebuah kelab kecil di Walloon Brabant. Setahun kemudian, beliau menjadi pelatih bola sepak remaja KV Mechelen. Pada penghujung musim, beliau menjadi pembantu pengurus Anderlecht. Selepas jurulatih Hugo Broos dipecar pada Februari 2006, beliau menjadi pengurus baru dan memenangi dua trofi liga. pada 12 November 2007, selepas beberapa keputusan tidak membanggakan, beliau terpaksa dipecat dan Ariel Jacobs mengambil alih jawatan kekosongan itu sehingga penghujung musim.
Vercauteren menjadi pengurus pasukan kebangsaan Belgium dari 9 April 2009 sehingga 10 September 2009. Selepas Belgium tewas di tangan Armenia pada 9 September 2009, beliau digantikan oleh Dick Advocaat. Pada 3 Disember 2009, beliau menandatangani kontrak baru untuk menjadi ketua jurulatih kelab KRC Genk. Pada 17 Mei 2011, beliau meraikan kejohanan liga pertama bersama Genk selepas seri 1-1 menentang Standard Liège.[1] Beliau juga memenangi Piala Super Belgium 2011 dan memasuki perlawanan playoff Liga Juara-Juara. Pada 8 Ogos 2011, beliau menjadi ketua jurulatih Al Jazira.
Penghargaan
suntingPemain
sunting- Anderlecht
- Divisyen Pertama Belgium: (4) 1980–81, 1984–85, 1985–86, 1986–87
- Piala Belgium: (2) 1975, 1976
- Piala Super Belgium: (2) 1985, 1987
- Piala Juara-Juara UEFA : (2) 1975–76, 1977–78
- Piala UEFA : (1) 1982–83
- Piala Super Eropah : (2) 1976, 1978
Pengurus
sunting- Anderlecht
- Divisyen Pertama Belgium: (2) 2005–06, 2006–07
- Piala Super Belgium: (2) 2006, 2007
- Racing Genk