Fototropisme merupakan pergerakan atau pertumbuhan sesebuah organisma terhadap rangsangan cahaya. Fototropisme biasanya berlaku pada tumbuhan tetapi boleh juga berlaku pada organisma lain seperti fungus. Fototropisme merupakan salah satu daripada jenis tropisme, sebarang pergerakan organisma terhadap rangsangan luaran.

Cahaya lampu (1) menyebabkan tumbuhan mengalami fototropisme (2) lalu mengalami pertumbuhan ke arah cahaya tersebut.

Fototropisme terbahagi kepada dua jenis, yaitu fototropisme positif iaitu pergerakan atau pertumbuhan terhadap sumber cahaya dan fototropisme negatif (skototropisme), pergerakan atau pertumbuhan ke arah bertentangan dengan sumber cahaya.[1]

Tumbuhan selalunya mengalami fototropisme positif dan menyusun kloroplasnya semula untuk memaksimumkan sebanyak yang mungkin tenaga fotosintesis serta menggalakkan pertumbuhan.[2][3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Strong & Ray 1975.
  2. ^ Goyal, A., Szarzynska, B., Fankhauser C. (2012). Phototropism: at the crossroads of light-signaling pathways. Cell 1-9.
  3. ^ Sakai, T., Kagawa, T., Kasahara, M., Swartz, T.E., Christie, J.M., Briggs, W.R., Wada, M., Okada, K. (2001). Arabidopsis nph1 and npl1: Blue light receptors that mediate both phototropism and chloroplast relocation. PNAS 98(12), 6969-6974.

Pautan luar

sunting