Kumpulan Formula Satu

(Dilencongkan daripada Formula One Group)

Kumpulan Formula Satu (bahasa Inggeris: Formula One Group) ialah segugusan syarikat yang bertanggungjawab terhadap promosi Kejohanan Dunia Formula Satu FIA dan eksploitasi hak-hak komersial sukan ini.[1] Kumpulan ini adalah milik mutlak Delta Topco, sebuah syarikat yang bertapak di Jersey milik dana CVC Capital Partners (kira-kira 70%) dan JPMorgan (kira-kira 20%). Amanah keluarga Bernie Ecclestone memiliki saham selebihnya di samping saham-saham kecil yang dipegang oleh penasihat kewangan dan Ecclestone sendiri.[2]

Formula Satu
Musim semasa

Formula Satu musim 2013

Artikel berkaitan

Sejarah Formula Satu
Peraturan Formula Satu
Kereta Formula Satu
Enjin Formula Satu
Perlumbaan Formula Satu
Masa depan Formula Satu

Senarai
PemanduPengeluar

Grand Prix · Litar
Sistem kiraan mata
Enjin · Warna negara
Lambang tajaan
Bendera perlumbaan · Orang
Penyiaran TV
Kemalangan maut

Rekod

Pemandu (Kemenangan)
Pengeluar (Kemenangan)
Tayar · Perlumbaan

Pokoknya, "Formula One Group" hanya memaksudkan Formula One Management, Formula One Administration dan Formula One Licensing BV,[3] yang merupakan anak-anak syarikat Formula One Holdings. Namun begitu, Delta Topco memiliki perniagaan Formula Satu yang juga dipanggil Formula One Group.

Rujukan

sunting
  1. ^ Merger Procedure Article 6(1)(b) Decision Commission of the European Communities 2006-03-20
  2. ^ Reid, Caroline (2007-10-19). "CVC takes wheel with GP2". Daily Telegraph. Telegraph Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-30. Dicapai pada 2007-10-29. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ The Official Formula 1 Website