Formula Luar Biasa
Formula Luar Biasa merupakan album studio ketujuh dan album bahasa Melayu keenam daripada KRU yang diterbitkan pada 1999.
Formula Luar Biasa | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1999 | |||
Dirakamkan pada | 1998-1999 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop, dance, R&B, pop rock, hip hop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | EMI | |||
Kronologi KRU | ||||
| ||||
Single daripada KRU | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Formula luar biasa ini boleh dikata gagal mendapat sambutan seperti dijangka, selari dengan kemeruduman jualan album artis tempatan pada waktu itu. Selepas album ini KRU mengambil langkah berani dengan tampil sebagai kumpulan muzik animasi/kumpulan Maya yang tampil dengan avatar masing-masing iaitu Tyco. Berikutan kejayaan kumpulan Gorillaz. KRU selepas ini lebih menumpukan mengeluarkan single berbanding album penuh. Antaranya kejayaan lagu Perpisahan Terasing yang diilhamkan dari lagu Revolvers - perpisahan dan Sudirman - terasing.
Bermula alaf baru, KRU yang kini sudah berkembang menjadi syarikat rakaman menumpukan lebih banyak usaha untuk memasarkan kumpulan muzik yang bernaung dibawah mereka seperti Dr Kronik, X Factor, Ezlyn, Pretty Ugly,Rabbani,Juliana Banos, Phyne Ballerz.
Ulasan
suntingAlbum 'Formula Luar Biasa' ini merupakan album kelapan kumpulan KRU. Terdapat 13 traks dalam album, di mana 10 daripadanya merupakan lagu-lagu dan terdapat satu lagu demo, iaitu 'Luar Biasa'.
>> HILANG KAWALAN<< - Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang hilang fikiran dan kawalan apabila bertemu dengan seorang gadis. Walaupun gadis tersebut mengelirukannya, namun jejaka itu masih tidak dapat melupakannya. Pada pendapatnya, gadis itu merupakan yang paling pelik atau aneh pernah ditemuinya dan lelaki itu masih mahukannya. Walaupun si gadis sering melukainya, tetapi kemanisannya tidak dapat si jejaka lupai. Seperti dalam korus yang menyatakan "Walau terlalu pahit untuk kumenelan, dikau terlalu manis untuk kulepaskan, kupun tak tahu apa yang kumahu, tapi kumahumu". Pada pendapat saya, lagu ni sangat indah dan ianya merupakan salah satu lagu kegemaran saya dalam album ini.
>> JANGAN LAFAZKAN << - Lagu yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang kecewa dan tidak mahu mendengan ucapan selamat tinggal dari gadisnya kerana tidak mahu lukanya bertambah. Hanya satu yang dipinta oleh gadis itu : jangan nyatakan apa-apa jua kepadanya. Dia tidak mahu mendengar alasan dan tahu bahawa gadis itu sudah punya teman baru. Si jejaka dapat membaca gerak-geri gadis itu dan dia tidak mahu mendengar gadis itu membencinya dan mahu bebas. Ya, lagu ini agak menyedihkan. Namun, lagu ini tetap sedap didengar.
>> LUAR BIASA << - Pernahkah anda secara tiba-tiba menyedari sesuatu yang tidak dijangkakan boleh berlaku kepada diri anda? Lagu ini pada asasnya menceritakan tentang itu. Seorang lelaki sukar mempercayai bahawa dia telah menemui wanita yang diidaminya selama ini, malah wanita itu melebihi apa yang dibayang dan harapkannya. Wanita itu adalah yang pertama melebihi keutamaanya. Dia benar-benar sudah jatuh cinta kepada wanita itu hingga dia sanggup mempertaruhkan jiwa raga dalam sekelip mata. Padanya wanita itu unik dan luar biasa dan dia berada dalam cinta luar biasa. Ayat dalam lagu ini yang menyebut "Ke mana-mana ku pergi sedunia, kau sebati dengan fikiran" menunjukkan betapa wanita itu telah melekat dalam hatinya dan juga begitu bermakna dalam hidup si lelaki. Lagu ini sungguh 'catchy' dan menarik.
>> I'LL MAKE YOU FAMOUS << - Menceritakan tentang bagaiman mereka (KRU) berada di tempatnya sekarang-melalui usaha gigig dan bersungguh-sungguh. Juga menyelitkan kisah tentang pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi oleh mereka dan cuba mencari masalah dengan mereka. Pada pandangan saya, kemungkinannya ianya ada kaitan dengan kisah-kisah dan gosip-gosip liar yang tidak berasas yang dilemparkan kepada, mereka sebelum ini, tetapi saya tidak pasti samada benar atau tidak apa yang saya katakan benar atau tidak. Walau apapun, KRU telah menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Tahniah KRU!
>> DE JA VU << - Seperti tajuknya,Déjá vu, lagu ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang tidak dapat mempercayai mata-dan tuahnya- apabila di berdepan dengan wanita dalam mimpinya dan dia tahu masa dan tempatnya mereka jatuh cinta. Dia juga tahu bahawa wanita itu turut merasai apa yang dirasainya. Si jejaka dapat merasa elektrik antara mereka dan sedar bahawa dia sudah jatuh cinta. Dia merasakan bahawa mereka memang telah ditakdirkan untuk bersama. Saya suka lagu ini, muzik dan senikatanya sungguh cute.
>> FORMULA << - Mengenai bagaimana KRU dapat apa yang mereka kecapi sekarang. Mereka mempunyai formula yang berkesan untuk berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Lagu ini juga mengherdik pihak yang hanya tahu mengkritik sahaja, tetapi tidak melihat pada diri sendiri dan cuba perbaiki kelemahan masing-masing. Lirik yang bagus serta muzik yang menarik. Menaikkan semangat orang yang mendengar.
>> WHAT IF SHE KNEW << - Lagu ini berentak perlahan sedikit. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang inginkan peluang kedua selepas mengecewakan gadisnya. Lelaki itu gembira kerana si gadis kelihatan lebih ceria kini tanpanya dan menyesal kerana dia tiada di sisi. Dia tertanya samada gadis itu tahu bahawa dia masih menyimpan gambar mereka ketika bersama.
>> PUTERI KAYANGAN << - Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang mabuk cinta akan seorang wanita jelita yang membawa kebahagiaan, cinta dan juga mengajarnya mengenali diri sendiri. Si wanitalah sumber inspirasi dan dia tertanya samada wanita itu adalah puteri kayangan. Lagu yang ceria.
>> TEKA-TEKI << - Sebagaimana tajuk lagu ini- teka-teki. Ianya menceritakan tentang pepijat alaf baru (Y2K). Tentulah, segala-galanya sudah okey sekarang, tetapi lagu ini dibuat sebelum tahun 2000. Lagu ini juga menceritakan tentang kemungkinan yang bakal berlaku jika tiada persediaan diambil untuk menghadapinya. Lagu ini sungguh bagus untuk didengar. Saya sukakanya, terutama muziknya.
>> PENJUNJUNG NAMAKU << - Lagu yang terakhir dalam album ini mengisahkan tentang seorang anak yang ingin meluahkan rasa syukurnya kepada manusia yang paling disayanginya di dunia ini iaitu kedua ibu bapanya yang telah memberi sokongan kepadanya dalam apa jua walaupun di saat-saat getir. Dia juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kedua orang tuanya yang telah menyayangi dan sentiasa berada di sisinya dan memenuhi keperluannya. Dia berjanji untuk membahagiakan keluarganya dan tidak akan menghampaka ibu bapanya. Saya gemarkan lagu ini. Ianya bukan saha sesuai dimainkan pada Hari Bapa dan Ibu, malah pada bila-bila masapun. [1]
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Revolusi Evolusi" | ||
2. | "Hilang Kawalan" | ||
3. | "Jangan Lafazkan" | ||
4. | "Luar Biasa" | ||
5. | "I'll Make You Famous" | ||
6. | "Pengumuman Penting" | ||
7. | "Deja Vu" | ||
8. | "Formula" | ||
9. | "What If She Knew" | ||
10. | "Puteri Kayangan" | ||
11. | "Luar Biasa Demo" | ||
12. | "Teka-Teki" | ||
13. | "Penghujung Namaku" | ||