Formasi Layang-Layang
Formasi Layang-Layang ialah sejenis formasi batuan berusia Miosen hingga Pleistosen yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Sejarah
suntingPenemuan endapan Tertiar Akhir di sekitar Layang-Layang dan Kluang yang terawal dijalankan oleh Burton (1964).
Kajian susulan di Layang-Layang kemudian dilakukan oleh Rajah (1986) yang kemudian memperkenalkan endapan ini sebagai Formasi Layang-Layang bersempena nama lokasi di mana ianya tersingkap.
Namun begitu, singkapan di Kluang dipetakan oleh Loh (1980) sebagai Aluvium Tua yang berkemungkinan berusia Pleistosen.
Taburan
suntingFormasi Layang-Layang berkeluasan kira-kira 61 km2 dikelilingi perbukitan yang terdiri daripada Granit Gunung Belumut, kecuali bahagian timur yang terdiri daripada batuan sedimen berusia Kapur Bawah.
Ahli Batuan, Litologi dan Sekitaran Pengendapan
suntingRajah (1986) membahagikan Formasi Layang-Layang kepada 2 ahli batuan iaitu Ahli Syal Badak dan Ahli Pasir Pengeli.
Ahli Batuan | Litologi dan Ciri-ciri Am | Sekitaran Pengendapan |
---|---|---|
Ahli Syal Badak |
|
Sekitaran antara gunung atau tasik |
Ahli Pasir Pengeli |
|
Sekitaran fluvium hingga delta |
Struktur
suntingKajian graviti oleh Vijayan (1990) menemukan struktur graben separa yang terangkum pada arah timur laut oleh sesar biasa listrik dengan tujahan minima 1 kilometer.
Usia
suntingPenentuan terawal usia formasi ini sebagai Pliosen hingga Pleistosen dikenalpasti berdasarkan penemuan fosil-fosil palinomorf dan tumbuhan dalam Ahli Syal Badak oleh Rajah (1986).
Fosil palinomorf:
- Pinus sp.
Fosil tumbuhan:
- Illipse sp.
- Shorea sp.
- Brugulera sp.
- Rhizophora sp.
Kajian palinomorf lanjutan oleh Ahmad Munif et al. (1994) ke atas batu lumpur kelabu daripada Ahli Syal Badak menunjukkan sekitaran endapan tasik seawal usia Miosen.
Rujukan
sunting- Ahmad Munif Koraini, Azmi Mohd. Yakzan, Uyop Said, 1994. Plynological study of outcrop samples from Layang-Layang Formation, Bandar Tenggara, Johor (Abstrak). Newsletter, Geological Society of Malaysia, 20(3), 236.
- Burton, C.K., 1964. The older alluvium of Johore and Singapore, Jour. Trop. Geog., 18, 30-42.
- Loh, C.H., 1980. Geology of the Keluang area, Sheet 124, Johore. Annual Report 1978, Geol. Survey Malaysia, 131-135.
- Raj, J.K., Abdul Hadi Abd. Rahman, Mustaffa Kamal Shuib, 1998. Tertiary basins of inland Peninsular Malaysia: review and tectonic evolution, Geological Society of Malaysia, Bulletin 42. pp.211-226.
- Rajah, S.S., 1986. The geology and mineral resources of the Gunung Belumut area, Johore. Geol. Survey Malaysia, District Memoir 19, 191p.
- Vijayan, V.R., 1990. Gravity survey of the Layang-layang tertiary basin in Johor, Peninsular Malaysia - A Preliminary report, Geological Society of Malaysia, 17(1),51-58.