Ujang (filem)
Ujang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988.[1] Filem Ujang diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Ujang | |
---|---|
Pengarah | Othman Hafsham |
Penulis | Norzah |
Lakon layar | Othman Hafsham |
Cerita oleh | Norzah |
Dihasilkan oleh | Ak Foo |
Dibintangi | Malek Noor Liza Othman Shukery Hashim Shaharuddin Thamby Ziela Jalil Susan Lankester |
Tarikh tayangan | 1988 |
Masa tayangan | 115 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Ujang mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Malek Noor, Shukery Hashim dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Ujang diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada 1988.
Ringkasan
suntingFilem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Limbong yang mahu membalas dendam terhadap Datuk Alang yang telah membunuh ayahnya dan telah membutakan sebelah matanya. Datuk Alang merupakan orang ternama yang zalim dan kejam. Dia telah menyalahgunakan kuasa yang dimiliki untuk mengekalkan pengaruhnya dengan penuh kejahatan.
Datuk Alang mempunyai ilmu persilatan batin dan ilmu hitam yang tinggi dan luar biasa. Dia kebal dari senjata, malah mempunyai kekuatan dan kelincahan yang hebat walaupun diusia emas. Bukan mudah untuk Limbong berhadapan dengan Datuk Alang. Walaupun dia mempunyai ilmu persilatan yang tinggi setelah bertahun-tahun berguru.Tetapi, dengan semangat juang yang tinggi, dia akhirnya dapat menumpaskan Datuk Alang yang kejam itu.
Pelakon
sunting- Malek Noor sebagai Ujang
- Liza Othman sebagai Salbiah
- Shukery Hashim sebagai Basri
- Shaharuddin Thamby sebagai Shukery
- Ziela Jalil sebagai Asmah
- Susan Lankester sebagai Tanya
- Zakaria Yusof sebagai Bidin
- Mat Over sebagai Jali
- Sidek Awang sebagai Botak
- Opie Zami sebagai Atan
- Noraini Hashim sebagai Ibu Kadir