Siti Muslihat

Filem melayu 1962
(Dilencongkan daripada Filem Siti Muslihat)

Filem Siti Muslihat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang sebahagian dari Malaya pada tahun 1962. Filem Siti Muslihat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Siti Muslihat
PengarahDhiresh Ghosh
Lakon layarDhiresh Ghosh
DibintangiAhmad Mahmud
Saadiah
Shariff Dol
Ibrahim Pendek
SinematografiAbu Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
Muzik olehOsman Ahmad
Yusuff B
Gurindam: Nordin Arshad
Ragaman: P. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Tarikh tayangan
1962
Negara Singapura
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem Siti Muslihat diarahkan oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1962 dan dibantu oleh Nordin Arshad.

Ringkasan

sunting

Mengisahkan Siti (Saadiah) seorang yang bijak merupakan anak kepada Pak Ali (Ahmad Nisfu). Suatu hari, pekerja Pak Ali, Pak Andak (Shariff Dol) jatuh sakit kerana sudah uzur. Siti yang merawatnya. Semasa Siti sedang mengambil air di perigi, Pak Andak ditemani sahabatnya Pak Awang (Aziz Sattar). Pak Andak sebenarnya seorang Raja yang merahsiakan tujuan mengapa dia menyamar diri sebagai rakyat jelata. Sahabatnya merupakan Memanda Menteri sentiasa mengingatkan agar baginda tidak melakukan kerja - kerja yang berat. Pak Ali pula tiba dirumah untuk membayar upah kepada Andak dan sahabatnya tetapi ditolaknya upah tersebut. Andak pula memberikan sebentuk cincin emas kepada Siti sebagai menghargai jasa baiknya terhadap dirinya. Andak dan sahabatnya berangkat meninggalkan kampung untuk kembali semula ke istana.

Sementara itu di istana pula, Khadam (Ibrahim Pendek) menyampaikan berita buruk dimana baginda sultan jatuh gering semasa dalam perjalanan pulang ke istana. Putera Mahkota (Ahmad Mahmud), amat merisaukan keadaan ayahandanya. Ayahandanya berbuat demikian kerana mahu mengetahui hal ehwal kehidupan rakyat jelata. Baginda menyampaikan amanat terakhirnya kepada Putera Mahkota sebelum baginda mangkat. Di mana dia menyuruh anakandanya mengikut jejak langkah baginda dan dia perlu mencari seorang perempuan yang banyak muslihatnya untuk dijadikan sebagai permaisuri.

Selepas baginda dikebumikan, putera mahkota menaiki takhta sebagai raja yang baharu. Baginda mengarahkan Khadam dan Memanda Menteri mencari perempuan yang penuh muslihat untuk dijadikan isteri baginda. Selepas berfikir panjang, Raja akhirnya bersetuju untuk menyamar seperti arwah ayahnya dan pergi ke dalam kampung. Dengan nama samaran Khadam sebagai Pendek dan Raja sebagai Panjang. Disebabkan mereka pertama kali pergi ke kampung itu, Pendek telah mengganggu sekumpulan gadis sunti dan seorang gadis yang hodoh yang bernama Salamah. Dek kerana itu, mereka ditangkap lalu disuruhnya bekerja di ladang oleh ayah kepada gadis tersebut (lakonan Nyong Ismail). Pendek menjelaskan tujuannya datang ke kampung ini. Dengan itu mereka dibenarkan untuk tinggal bersama pak cik tersebut. Pak cik tersebut menyuruh Salamah anaknya, memikat Panjang untuk dijadikan menantunya. Panjang dan Pendek tidak berkenan dengan Salamah. Mereka melarikan diri dan akhirnya mereka berjumpa juga dengan seorang gadis sunti yang manis rupawan yang sedang bergurindam. Hatinya sudah terpaut. Panjang seorang yang pemalu dan segan untuk bersua dengan perempuan (Siti) tersebut.

Ketika Pendek sedang mencari makanan, dia tiba di rumah Minah (Aini Jasmin) untuk mencuri makanan di dapur. Tetapi Minah telah mengunci pintu dapur dari luar. Pendek tidak menghiraukannya. Akhirnya dia ditangkap sebelum meloloskan diri. Keadaan semakin kecoh, sehingga Siti turut membantu untuk menangkap pencuri tersebut. Siti berjaya menangkap Pendek, tetapi dia bersimpati dengannya. Pendek diberikan minum untuk menghilangkan dahaga. Panjang juga kebetulan ada disitu, mereka dihidangkan minuman teh berhampas. Panjang sudah mulai hairan dengan tingkah laku perempuan tersebut dan mengambil keputusan untuk kembali ke istana semula.

Pak Ali memujuk Siti untuk pergi ke istana kerana ingin menyerahkan lesung emas yang dijumpainya kepada baginda. Baginda tidak mempercayai yang Pak Ali hanya dapat menjumpai lesung saja tetapi tidak bersama dengan alu nya. Demi mempertahankan Pak Ali dari terus dimurkai baginda, Siti menjelaskan pada baginda yang dialah yang memberi amaran pada Pak Ali supaya tidak menyerahkan lesung tersebut, dengan sebabnya lesung yang tidak ber alu memang ganjil & orang akan selalu menaruh syak pada benda yang ganjil. Setelah mendengar penjelasan Siti yang masok akal, Baginda ingin menguji Siti dengan menyuruh dia memberikan empat biji buah limau kepada empat orang yang berada di balairung dengan sebiji daripadanya mesti berada di dalam dulang. Siti berjaya menyahut cabaran itu. Baginda mulai terpikat dengan Siti. Memanda Menteri memberitahu Baginda iaitu Siti adalah perempuan yang dimaksudkan di dalam wasiat almarhum raja sebelum baginda mangkat. Baginda berasa hairan mengapa Memanda Menteri dan almarhum ayahandanya mengetahui tentang Siti yang penuh muslihat. Memanda Menteri memberitahu cerita sebenar kepada baginda raja. Dengan itu baginda mengumumkan akan berkahwin dengan Siti dengan kadar segera. Selepas berkahwin, Pak Ali dilantik sebagai pembesar istana tetapi Siti mengenakan satu syarat kepada baginda agar ayahnya tidak diapa-apakan jika berlaku kesalahan di dalam adat istiadat istana.

Suatu hari, Khamis (M. Zain), pengembala kambing biri-biri jantan dan Jumaat (S. Shamsuddin), pengembala kambing betina biasa bertikam lidah tentang kambing biasa melahirkan seekor anak kambing biri-biri. Baginda mengadili kes tesebut di mana anak kambing biri-biri itu diserahkan kepada Khamis. Hal ini menyebabkan Pak Ali menegur baginda kerana telah membuat keputusan yang tidak adil. Baginda menjadi murka lalu menjatuhkan hukuman pemecatan dab penjara selama enam tahun kepada ayah mertuanya. Siti berasa amat sedih dengan hukuman tersebut. Keesokkan harinya, dua orang perempuan pergi ke istana untuk menentukan siapa yang berhak untuk menjaga seorang bayi. Baginda membuat keputusan agar bayi ini diserahkan kepada rumah kebajikan kerana tiada bukti yang nyata siapakah ibu kandung kepada bayi ini tetapi keputusan ini di halang oleh Siti. Siti mengarahkan agar bayi ini dikerat kepada dua bahagian, setiap seorang mengambil satu bahagian masing-masing. Tiba-tiba salah seorang daripada perempuan tersebut dengan pantas mengambil bayi tersebut untuk diserahkan kepada perempuan lagi seorang agar nyawa bayi ini tidak diapa-apakan kerana dia tidak sanggup bayinya menjadi korban dek kerana perebutan hak tersebut. Jadi hal demikian perkara ini dapat diselesaikan. Baginda mulai rasa tertekan kerana muslihat dari isterinya. Baginda mengambil keputusan untuk pergi berburu ke dalam hutan. Setibanya di kampung Siti, baginda diperbodohkan oleh Jumaat, akhirnya Jumaat dipenjarakan. Jumaat memberitahu ini semua arahan dari tuanku permaisuri untuk menegur baginda yang ego. Baginda begitu marah dengan isterinya, tetapi selepas dipujuk rayu Siti, akhirnya Jumaat dan Pak Ali dibebaskan dari penjara atas arahan baginda. Tuanku permaisuri membuat rancangan untuk membuang ego suaminya. Baginda dipengsankan selepas menikmati juadah yang disediakan oleh Siti. Beberapa jam kemudian baginda tersedar dari pengsan, baginda murka dan kehairanan kenapa dia diletakkan di rumah Siti. Memanda Menteri menjelaskan bahawa ini adalah diatas arahan tuanku permaisuri yang termaktub di dalam wasiat baginda. Beliau juga menasihati baginda supaya buangkan ego sebagai pemerintah dan menghormati Siti sebagai isterinya. Seorang suami adalah hak untuk isterinya dan seorang isteri berhak mentaati setiap arahan suaminya. Baginda mulai sedar akan keegoannya selama ini dan mulai saat itu baginda akan buang sikap ego tersebut untuk menjadi seperti Almarhum ayahandanya seorang yang penyayang dan dikasihi oleh rakyat jelata.

Pelakon

sunting
  • Oh Kekanda - Siti Mariam
  • Dua Sahabat - S.Shamsuddin & Ahmad C.

Pencapaian

sunting

Lihat juga

sunting


Pautan luar

sunting