Noor Asmara

(Dilencongkan daripada Filem Noor Asmara)

Filem Noor Asmara merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1949. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.Filem Noor Asmara diarahkan oleh pengarah B.S. Rajhans.

Noor Asmara
PengarahB.S. Rajhans
PenulisLakon layar:
Dihasilkan olehMalay Film Production (MPF)
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd
Tarikh tayangan
13 April 1949
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

Ringkasan

sunting

Omar, seorang guru muzik, mengajar Rokiah bermain biola. Dia jatuh cinta dengan kakak Rokiah yang bernama Zaharah. Percintaan mereka melalui pelbagai kisah pahit dan manis.

Zaharah yang cantik jelita (anak Haji Yaakob, tuan tanah yang kaya) telah bertemu Omar secara tidak disangka-sangka iaitu ketika Omar baru sampai di kota itu untuk mengajar muzik di sebuah sekolah dan semasa melalui berhampiran rumah Zaharah itu dia dikejar anjing. Dengan salakan anjing itu membuatkan Zaharah keluar dan pergi mendapatkan anjing itu dan ekoran peristiwa tersebut Omar dan Zaharah pun saling cintai mencintai. Dalam pada itu, ibu bapa Zaharah bercadang untuk menjodohkan Zaharah dengan Mohamad yang baru saja pulang setelah menamatkan pelajarannya di Eropah. Bagi bapa Mohamad pula, dia ingin anaknya berkahwin dengan Zaharah kerana kekayaan haji yaakob sangat menarik hatinya.

Suatu hari ketika pesta mandi di Safar di Pantai Tasik, tiba-tiba Rokiah (adik Zaharah) meminta tolong kerana kelemasan. Omar yang kebetulan berada di situ terus terjun ke laut menyelamatkan Rokiah. Haji Yaakob gembira, tetapi Mohamad memperkecilkan saja pertolongan Omar itu. Disebabkan pertolongan Omar itu, Haji Yaakob mengundang Omar datang ke rumahnya untuk meraikan sambutan hari jadinya di mana Omar dan pancaragamnya turut memberi hiburan serta Zaharah turut menyanyi dengan iringan gesekan biola Omar. Di akhir jamuan, Salleh (ayah Mohamad) mengumumkan mengenai pertunangan Zaharah dengan Mohamad yang mana ini membuatkan Omar kecewa. Zaharah bagaimanapun menyatakan yang dia hanya mencintai Omar dan memberitahu biar apa pun yang terjadi dia tidak akan berkahwin dengan Mohamad. Haji Yaakob marah dan memberi amaran dia tidak membenarkan Omar menemui Zaharah.

Omar kemudian mengirim surat kepada Zaharah untuk bertemu. Semasa bertemu itu, Omar telah dipukul Haji Yaakob yang disangkanya Omar itu pencuri. Zaharah pula jatuh pengsan. Mohamad sebenarnya telah berkahwin secara rahsia dengan Lela sewaktu berada di Eropah, dan ketika dalam perjalanan pulang menaiki kereta (dalam keadaan mabuk), mereka telah terbabas menyebabkan Mohamad cedera parah. Bagaimanapun apabila berita kemalangan itu sampai ke pengetahuan Haji Yaakob, dia sangat gembira disebabkan dia sememangnya sudah lama mengetahui perangai jahat Mohamad lalu memutuskan pertunangan Zaharah dengan Mohamad. Dengan itu, dapatlah Zaharah berkahwin dengan Omar (pemuda yang selama ini sangat dicintainya) dan direstui Haji Yaakob dan keluarganya.

Pelakon

sunting

P. Ramlee Sebagai Pelakon

sunting

Sebagaimana "Chinta", filem pertama lakonan P. Ramlee dalam filem ke dua ini P. Ramlee masih tidak mendapat perhatian para penonton lebih-lebih lagi peranannya kecil saja iaitu sebagai pemain muzik. S. Roomai Noor yang berpasangan dengan Siput Sarawak dalam "Chinta" dalam filem ini buat pertama kalinya digandingkan dengan Kasma Booty yang sebelumnya diperkenalkan oleh B. S. Rajhans dalam "Chempaka" bersama Maroety kemudian disusuli "Pisau Berachun" berpasangan dengan Bachtiar Effendi.

Dengan pasangan dua pelakon yang sudah terkenal dan mempunyai ramai peminat ini telah mengaburi terus lakonan P. Ramlee tambahan pula peranan yang dipegangnya hanya sebagai pemain muzik serta berlawak berpasangan dengan D. Harris. Sebagaimana juga "Chinta", selain berlakon P.RAMLEE juga menjalankan tugas sebagai 'playback singer" untuk S. Roomai Noor disamping bertindak sebagai 'continuity' atau penjaga sambungan.

Ulasan dan Kritikan

sunting

Jika dibandingkan dengan "Chempaka" dan "Chinta" cerita filem ini agak berbeza yang mana kisahnya berlaku dalam masyarakat moden. Selain mengandungi cerita yang dianggap menarik ia juga dihiasi dengan lagu-lagu dan tarian-tarian yang mengasyikkan. bagaimanapun, kerana pengarahnya berbangsa India, unsur-unsur keindiaan masih ketara sebagaimana yang terdapat dalam "Chempaka" dan "Chinta". Filem ini sebagaimana yang dijangka telah mendapat sambutan hangat dan ini telah mendorongkan semangat pihak pengurusan MFP (Runme Shaw dan Run Run Shaw) untuk meneruskan usaha mengeluarkan filem-filem Melayu disamping mempertingkatkan lagi mutu persembahannya.

Irama dan Lagu

sunting

Tidak dipastikan berapa lagu terdapat dalam filem ini. tetapi yang dapat dikesan ialah:

1. Taman Bunga (P.RAMLEE)

2. Bunga Rose (P.RAMLEE, R.AZMI, LENA & SYED HAMID)

3. Mandi Safar (Rubiah)

4. Bulan Bintang (Ahmad C.B)

Ciptaan & Gubahan: Tidak diketahui

Lirik: Tidak diketahui

Muzik Iringan: Tidak diketahui

  • Dapat dikesan lagu Bulan Bintang ada dirakamkan oleh Ahmad C.B ke piring hitam.
  • Lagu Bunga Rose nyanyian Ahmad C.B turut terdapat rakamannya di piring hitam tetapi tidak dapat disahkan apakah lagu tersebut dipetik dari filem ini.

Trivia

sunting

1. Filem pertama gandingan S. Roomai Noor dengan Kasma Booty iaitu sesudah Kasma Booty muncul buat pertama kalinya dalam "Chempaka" kemudian disusuli "Pisau Berachun" dan S. Roomai Noor pula dalam "Chinta".

2. Filem ini pertama kalinya ditayangkan di Panggung Rex, Singapura.

3. Penggambaran filem ini ada juga dibuat di Tanjung Keling, Melaka ketika berlangsungnya perayaan mandi safar.

4. Filem ini juga merupakan salah satu antara filem P.RAMLEE yang telah ghaib dan tidak dapat dikesan setakat ini seperti juga "Bakti"

5. Setelah memperlihatkan lakonan yang memberangsangkan dalam filem ini, S. Ramanathan mengambil Baby Mardiana membintangi filem "Berdosa" sebagai Rokiah sewaktu kecil.

6. Kasma Booty yang berasal dari Medan, Sumatera meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 1 Jun 2007 selepas P.RAMLEE mendahuluinya selama 34 tahun.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.