Mat Tiga Suku

(Dilencongkan daripada Filem Mat Tiga Suku)

Filem Mat Tiga Suku merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1964. Filem Mat Tiga Suku diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Mat Tiga Suku
PengarahMat Sentol
DibintangiMat Sentol
Zainal Gemuk
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1964
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Filem Mat Tiga Suku diarah oleh pengarah Mat Sentul pada 1964.

Pelakon

sunting

Sinopsis

sunting

Filem Mat Tiga Suku mengisahkan Mat ‘mendengar’ suara penunggu rumah (orang lain tidak dengar kerana cuma Mat yang gila) dan meminta berbagai benda seperti nasi, air dan duit yang banyak. Mat menjadi ‘kaya’.

Kebetulan rompakan berlaku dan Mat dituduh merompak dan dipenjarakan. Dalam penjara Mat berjaya menghalang cubaan banduan untuk melepaskan diri dan diberi habuan dan hidup mewah dalam penjara.

Berita sedih apabila dia dibebaskan tetapi tidak mahu pulang. Filem Mat Tiga Suku diarahkan oleh Mat Sentol.

Mat mencuba melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk mengubah hidupnya. Malangnya tiada satupun yang mampu memberi kemewahan yang dia impikan.

Dia juga gemar mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu perkara yang kemudiannya menyusahkan dirinya sendiri.

Rujukan

sunting