Filem Justice, My Foot

Filem Justice, My Foot merupakan filem komedi Hong Kong pada tahun 1992. Filem ini dihasilkan di dalam bahasa kantonis.

Justice, My Foot!
PengarahJohnnie To
PenulisSandy Shaw
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiStephen Chow
Anita Mui
Ng Man Tat
Carrie Ng
Wong Yat-Fei
Bryan Leung
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Tarikh tayangan
1992
Masa tayangan
102 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis

Pengarah

sunting

Filem ini diarahkan oleh Johnnie To di bawah terbitan Shaw Brothers Ltd.

Ringkasan

sunting

Templat:Spoiler Mengisahkan Sung Sai Kit (Stephen Chow) seorang sarjana / peguam yang hebat di daerah Guangdong, China. Dia cukup terkenal kerana kepakarannya untuk memenangi kesemua kes perbicaraan di mahkamah. Kehidupannya sungguh senang. Akan tetapi, Sung mempunyai masalah peribadi yang besar dimana kesemua anak-anak lelakinya meninggal dunia sebelum mencapai umur setahun. Sung pernah meluahkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai peguam selepas anak lelakinya yang ke-13 meninggal dunia. Dia bersama isterinya, Madam Sung (Anita Mui) membawa diri ke sebuah daerah di pinggir bandar untuk memulakan perniagaan rumah tumpangan (motel) dan warung minum teh herba. Selepas itu, Madam Sung berjaya melahirkan seorang anak perempuan dan anaknya mampu hidup dengan baiknya. Di tempat baharu, berbagai peristiwa terjadi dimana terdapat satu kes pembunuhan yang membuatkan dia untuk membantu balu mendiang dari penganiayaan perbicaraan yang berat sebelah di dalam sistem perundangan di situ. Kebanyakan peguamdan pegawai kerajaan disana mengamalkan rasuah. Sung berusaha dengan menggunakan kepakarannya yang periang dan gemar melawak di mahkamah. Sehingga membuatkan para peguam dan hakim menjadi huru-hara di dalam perbicaraan. Di kesudahan cerita, Sung berjaya memenangi kes tersebut dan peguam-peguam, hakim dan Ketua polis negara telah dipecat dari jawatan masing-masing kerana terlibat di dalam jenayah korupsi. Templat:Endspoiler

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting