Gubra (filem)
Gubra[nota 1] ialah sebuah filem drama dari Malaysia arahan Yasmin Ahmad tahun 2006.
Gubra | |
---|---|
Pengarah | Yasmin Ahmad |
Penulis | Yasmin Ahmad |
Dihasilkan oleh | Elyna Shukri-Nan Salleh |
Dibintangi | Sharifah Amani Adlin Aman Ramlie Namron |
Diedarkan oleh | Golden Village Entertainment Lighthouse Pictures |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris Mandarin Kantonis Hokkien |
Sinopsis
suntingFilem Gubra ini merupakan sambungan daripada filem Sepet. Dalam filem Sepet, didedahkan hubungan gadis Melayu bandar belasan tahun dengan pemuda Cina yang menjual CD cetak rompak haram di pasar-pasar malam. Malangnya pemuda Cina tersebut telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam filem Gubra, gadis Melayu ini bercinta lagi dengan pemuda Cina yang lain sungguhpun dia telah berkahwin dengan pemuda Melayu.
Pemuda Melayu yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie ini tersangatlah hipokrit. Kononnya dia sangat cintakan isterinya tetapi pada masa yang lain sempat berdua-duaan dengan perempuan lain.
Emosi orang Melayu pula ditujah dengan perangai kita sebagai pesakit dan melawat orang sakit. Orang Melayu digambarkan sebagai menyalahgunakan menggunakan kemudahan hospital seperti mandi, tidur baring bersama pesakit dan tidak menjaga kebersihan hospital. Maki hamun ditonjolkan dalam filem ini sebagai satu perkara yang lumrah.
Hubungan kaum antara Melayu dengan Cina turut dipaparkan yang menunjukkan sikap orang Cina terhadap bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan terhadap Singapura.
Kritikan
suntingFilem Gubra merupakan sebuah filem yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai mendewa-dewakan budaya Barat tetapi ditonjolkan dalam konteks Melayu. Menurut mereka, ia menonjolkan mereka yang berbudayakan barat tetapi berpakaian baju kurung dan baju Melayu. Filem ini juga didakwa mengeksploitasikan nilai kejutan atau "shock value" bagi temanya, dengan meletakkan perkara yang bercanggah, contohnya orang Islam, tetapi melacur. Perkara ini dianggap oleh mereka mungkin tidak mengejutkan sekiranya ditonjolkan oleh orang Barat, tetapi menurut mereka yang mengkritik dengan mengalihkan dua budaya yang bertentangan, konsep nilai kejutan ini memberi kesan yang sangat kontras yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati oleh para penonton. [2] [3]
Babak-babak ini antara yang disebut sebagai punca kontroversi:-
- Sekelompok wanita Islam menjadi pelacur dengan alasan mencari rezeki secara terbuka, tanpa malu atau cuba merahsiakan pekerjaan mereka.
- Ditonjolkan juga Pak Bilal lakonan Nam Ron dan isterinya didakwa seolah-olah merestui pencarian rezeki dengan tidak cuba menasihati pelacur tersebut, seolah-olah pelacuran merupakan kerja yang dibolehkan. Ini membelakangi ajaran Al-Quran yang menganjur kita mengajak kearah kebaikan, dan melarang kepada kemungkaran. Ini menyerupai nilai barat bahawa ugama dan kehidupan sekular diasingkan.
- Terdapat dialog dalam filem tersebut 'wanita Islam' hanya perlu memakai tudung atas kehendak diri sendiri, seolah-olah bertudung itu bukan perkara yang wajib. Ia didakwa seolah-olah seperti menyatakan seseorang itu boleh memilih apa yang hendak diterima dan apa yang hendak dibuang dalam agama.
- Filem ini juga menonjolkan wanita Islam yang bersuami boleh keluar dengan lelaki bukan muhrim dan suami wanita Islam tersebut seperti tidak ambil kisah. Dalam budaya Melayu, perkara tersebut dianggap dayus.
Nota
sunting- ^ istilah dialek Pulau Pinang bermaksud "bimbang", "risau", "celaru" atau "keliru" serapan bahasa Hindustan घबरा ghabrā[1]
Rujukan
sunting- ^ Hoogervorst, Tom (Dec 2018). "Sailors, Tailors, Cooks, and Crooks: On Loanwords and Neglected Lives in Indian Ocean Ports". Itinerario. Research Institute for History, Leiden University. 42 (3): 535. doi: 10.1017/S0165115318000645
- ^ Epilog: Kontroversi selepas FFM berlaku lagi.[pautan mati kekal]
- ^ Faisal Tehrani: Epilog: Forum Gubra Kupas Isu Cemar Budaya, Agama.