Cinta dan Lagu
Filem Cinta dan Lagu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1976. Filem Cinta dan Lagu diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Cinta dan Lagu | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Dihasilkan oleh | Runme Shaw |
Dibintangi | Hail Amir Noor Azizah Yusof Haslam Nozie Nani |
Disunting oleh | S. Salehan |
Muzik oleh | Johari Salleh |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 111 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Cinta dan Lagu mula ditayangkan pada 27 November 1976 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hail Amir, Noor Azizah dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Cinta dan Lagu diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1976.
Ringkasan
suntingFilem muzikal ini mengisahkan Zul adalah seorang nelayan muda yang telah jatuh hati kepada Noraini, iaitu kawan adiknya. Zul selalu mengusik Noraini apabila pulang dari laut. Pada masa yang sama, Zul juga berbaik-baik dengan bapa Noraini dan ingin meminang Noraini. Manakala Malek, anak ketua kampung juga menaruh minat kepada Noraini dan menyuruh Leha meminang Noraini untuknya. Bagaimanapun, pinangan Malek ditolak kerana Noraini memilih Zul sebagai bakal suaminya. Pada hari perkahwinan mereka, Zul diculik oleh Malek dan dikurung di dalam gua di sebuah pulau. Setelah didesak oleh ketua kampung, Malek memberitahu tempat dia menyembunyikan Zul. Akhirnya, Zul ditemui oleh Noraini bersama orang kampung.
Pelakon
suntingPelakon Utama
sunting- Hail Amir sebagai Zulkifli
- Noor Azizah sebagai Noraini
- Yusof Haslam sebagai Malek
- Nozie Nani sebagai Fatimah
Pelakon Pembantu
sunting- M. Shahdan sebagai Mat Temberang
- Jamil Sulong sebagai Penghulu Kahar
- Noorizan sebagai Mak Leha
- Said Manaf sebagai Pak kadir
- Sharifah Hasnor sebagai Kawan Noraini