Bukan Salah Ibu Mengandong
Bukan Salah Ibu Mengandung merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Bukan Salah Ibu Mengandung | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis | Harun Hassan |
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Dibintangi | Jins Shamsuddin Sarimah P. Ramlee S. Roomai Noor Umi Kalthum Noorizan |
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1969 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Bukan Salah Ibu Mengandung diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1969.
Sinopsis
suntingMurad (Ed Osmera) telah bertunang dengan Ani (Sarimah) dan sedang melanjutkan pendidikan di London. Ani adalah seorang gadis kampung yang tipikal dan dianggap oleh ibu Murad (Umi Kalthum) sebagai tidak setaraf dengan kedudukan keluarganya. Ibu Murad selalu merendah-rendahkan Ani terutama sekali ketika menghadiri suatu jamuan di rumah kenalan mereka (S. Roomai Noor) ketika menyambut kepulangan anak mereka (Ismail Mahmud) dari London.
Ani yang turut sama hadir dalam majlis itu telah berkenalan dengan Agus (Jins Shamsuddin), seorang pelukis. Agus telah menjemput Ani untuk datang ke rumahnya untuk menjadi model dalam lukisan beliau. Perkenalan Ani dengan Agus telah membibitkan rasa cinta di hati mereka. Akhirnya mereka berkahwin ketika Murad masih berada di London.
Malang tidak berbau. Pada malam Ani dan Agus berkahwin, suatu kemalangan telah terjadi kepada Agus menyebabkan Agus tidak dapat menunaikan tanggungjawab rumah tangganya kepada Ani. Hal ini mengakibatkan Ani sentiasa direndung duka nestapa.
Sekembalinya Murad dari London, dia telah terkejut kerana mengetahui Ani telah berkahwin dengan orang lain.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Jins Shamsuddin sebagai Agus
- Sarimah Ahmad sebagai Ani
- Ed Osmera sebagai Murad
Pelakon pembantu
sunting- Sabariah Ibrahim sebagai Fauziah
- P. Ramlee sebagai Ayah Murad
- Umi Kalthum sebagai Ibu Murad
- S. Roomai Noor sebagai Ayah Ani
- Noorizan sebagai Ibu Ani
- Zaharah Agus sebagai Ibu Agus
Penampilan khas
sunting- Ismail Mahmud
- Jane Barr