Awan Mendung Menanti Pelangi

(Dilencongkan daripada Filem Awan Mendung Menanti Pelangi)

Filem Awan Mendung Menanti Pelangi merupakan sebuah filem pendek yang diarah oleh Azri Abu Hassan menerusi Kopitiam Productions. Ia dikatakan bertujuan sebagai satu penghormatan kepada filem-filem melayu era awal 70 dan 80-an.

Awan Mendung Menanti Pelangi
PengarahAzri Abu Hassan
SinematografiAzri Abu Hassan
Muzik olehSalamiah Hassan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem ini pertama kali ditayangkan secara ekslusif di UiTM Puncak Perdana, Selangor, bersama karya-karya pendek pelajar antaranya filem Omah Cilikku Enek Kelambu dan filem Sinkronis.

Filem Awan Mendung Menanti Pelangi ini bercorak sebuah filem karya era 80-an, terutamanya permulaan filem Awan Mendung ini, di mana imej, penataan sinematografi, penataan seni dan warna dalam filem ini seakan-akan filem melayu era 80-an.

Pemilihan muzik dan lagu tema nyanyian Salamiah Hassan 'Gelombang', membawa maksud yang ingin di sampaikan Azri dalam filem Awan Mendung ini.