Anak Pontianak
Anak Pontianak merupakan sebuah filem seram Melayu 1958 yang ditulis oleh yang Abdul Razak yang menonjolkan unsur seram dan tahyul. Filem ini mengambil plot cerita dari kepercayaan tahyul hantu masyarakat Melayu dan diolah dalam bentuk filem. Ia dibintangi oleh Hashimah Yon, Kemat Hassan, Jins Shamsuddin, dan Dayang Sofia.
Anak Pontianak | |
---|---|
Pengarah | Ramon A. Estella |
Penulis | Abdul Razak |
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1958 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem ini merupakan siri Pontianak pertama yang dikeluarkan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production. Ia dihasilkan selepas melihat kejayaan siri Pontianak yang dihasilkan oleh Cathay Keris.
Plot
suntingJeritan seorang perempuan dalam kesakitan memecah keheningan malam. Dalam sebuah bilik di rumah kampung seorang perempuan cantik diatas katil. Perempuan itu baru melahirkan anak lelaki. Mak Bidan memberitahu kepada suaminya bahawa akan dijangkakan kelahiran kembar tetapi nyawa isterinya dalam bahaya.
Si isteri yang dalam tangisan menyuruh suaminya melakukan satu perkara yang terakhir. Dia diberitahu isterinya yang sudah bertahun-tahun lamanya menyimpan rahsia pada dirinya sendiri. Ada satu paku yang terpacak di tengkuknya dan menyuruh suaminya untuk mencabutkan. Setelah dilakukan suami itu, dia melihat transformasi yang mengejutkan telah terjadi. Wajah isterinya berubah menjadi perempuan hodoh, kemudiannya berubah lagi menjadi Pontianak yang mengerikan, kemudian nya berubah kembali lagi menjadi diri asalnya, lalu dia pun meninggal dunia.
Setelah sepuluh tahun berlalu, anak lelaki nya menjadi kuat dan bersifat seperti haiwan buas. Sepuluh tahun berlalu lagi, dia bercinta dengan seorang perempuan kampong yang cantik. Tetapi apabila dia menjadi marah, tangannya menjadi berikat dan berbulu dan kukunya menjadi cakar. Dia akan berubah kembali pada diri asalnya sesudah dia melakukan pembunuhan.
Pelakon
sunting- Jins Shamsuddin sebagai Petir
- Hashimah Yon sebagai Manis
- Dayang Sofia sebagai Halimah
- S. Kadarisman sebagai Mat
- Aziz Sattar sebagai Ah Chee
- Sa'amah sebagai Rokiah
- Malek Sutan Muda sebagai Dr. Bakhtiar
- Ahmad Nisfu sebagai Dr. Sulong
- Habsah sebagai Mak Bidan / Perempuan Tua Hodoh
- Kemat Hassan sebagai Kassim
- Mustarjo sebagai Asraf
- Ali Fiji sebagai Hantu Polong Ular
- Zainon Fiji sebagai Pontianak
- King Godobell sebagai Wak Satay
Penerbitan
suntingFilem Anak Pontianak diterbitkan di Singapura pada tahun 1958, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962, dalam format hitam putih oleh Malay Film Productions.
Filem ini telah diarah oleh pengarah Ramon A. Estella pada 1958 dan ceritanya dikarang oleh Abdul Razak.
Pembangunan
suntingFilem Anak Pontinak merupakan jawapan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production, selepas kejayaan Cathay Keris menghasilkan siri filem Pontianak. Kejayan filem Pontianak, Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak yang semuanya dibintangi oleh Datuk Maria Menado yang diarah oleh mendiang B.N. Rao.
Penggambaran
suntingPenggambaran filem Anak Pontinak dilakukan di Singapura. Penggambarannya dilakukan dengan menggunakan lampu malap, dan kadang-kala dengan lampu belakang. Ia memberi kesan malap dan dramatik, dan juga ia dapat dilakukan dengan kos yang rendah.
Sungguhpun begitu, perbezaan penggunaan lampu dalam penggambara dalam dan luar studio, dilakukan tanpa mengambil kira keseimbungan antara penggambaran. Antaranya, penggambaran Anak Pontianak sering bersilih ganti antara penggambaran gelap dalam studio dengan penggambaran luar studio yang cerah, sungguhpun kesemua ini sepatutnya berlaku pada waktu malam. [1]
Tayangan dan reaksi
suntingPrestasi
suntingKejayaan filem Anak Pontianak menggalakkan filem siri Pontianak ini diteruskan dengan filem Pontianak Kembali.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Maklumat Anak Pontianak di IMDB
- eStar Diarkibkan 2012-06-08 di Wayback Machine
- Anak Pontianak (1958) Diarkibkan 2012-06-18 di Wayback Machine