Fetisy pakaian

Fetisy seksual

Fetisyisme pakaian (Jawi: فيتيشيسمى ڤاکاين) atau fetisyisme busana (Jawi: فيتيشيسمى بوسان) adalah fetisy seksual yang berkisar pada obsesi terhadap artikel atau jenis pakaian tertentu, fesyen atau seragam tertentu, atau seseorang yang berpakaian dalam gaya sedemikian.

Seorang wanita memakai sut lateks yang menutupi seluruh badan kecuali bibirnya

Definisi klinikal fetisy seksual memerlukan seseorang itu terobsesi dengan pakaian tertentu sehingga ia wujud sebagai rangsangan yang berulang (atau eksklusif) untuk kepuasan seksual.[1][2]

Individu yang mempunyai fetisy pakaian mungkin terangsang dengan melihat seseorang memakai pakaian tertentu atau dengan memakai pakaian itu sendiri. Rangsangan mungkin datang daripada penampilan yang dicapai dengan memakai pakaian atau cara ia dirasakan semasa dipakai. Dalam kes yang kedua, rangsangan mungkin berasal daripada cara fabriknya dirasakan (lihat fetisy pakaian mengikut jenis fabrik) atau daripada cara pakaian itu dirasakan dan berfungsi secara keseluruhan (pakaian membatas sebagai contoh).

Orang lain juga mungkin mendapat kesedapan daripada mengumpul atau memusnahkan[3] pakaian yang difetisykan.

Kelaziman relatif fetisyisme pakaian

sunting

Untuk menentukan kelaziman relatif pelbagai fetisy pakaian, penyelidik dari Universiti Bologna memperoleh sampel sekurang-kurangnya 5000 individu di seluruh dunia daripada 381 kumpulan perbincangan Internet. Kelaziman dianggarkan berdasarkan (a) bilangan kumpulan yang dikhaskan untuk fetisy tertentu, (b) bilangan individu yang menyertai kumpulan, dan (c) bilangan mesej yang ditukar. Fetisy pakaian teratas adalah pakaian yang dipakai di kaki atau punggung wanita (seperti stoking atau skirt), diikuti oleh kasut, pakaian dalam, pakaian seluruh badan (seperti kostum dan kot), dan pakaian bahagian atas badan (seperti jaket atau weskot).[4]

Mengikut jenis pakaian

sunting

Walaupun secara teorinya hampir semua jenis pakaian boleh menjadi subjek fetisy, fetisy pakaian yang biasa termasuk kasut, pakaian dalam wanita, dan seragam. Pelbagai jenis pakaian lain telah menjadi subjek fetisy yang jarang.

Yang berbeza dengan fetisy sebagai parafilia ialah pakaian yang dipakai adalah untuk meningkatkan penampilan, seperti seluar jeans ketat atau pakaian lain yang menarik perhatian. Perbezaannya ialah sama ada, bagi orang yang berkenaan, pakaian itu ialah fokus fetisy seksual atau sekadar dihargai dan didapati menyenangkan.

Pakaian membatas

sunting

Pakaian yang mengehadkan pergerakan pemakai biasanya digunakan untuk sifat ini, terutamanya dalam kalangan peminat belenggu seksual, dan sering muncul dalam fesyen fetisy yang berkaitan dengan pembelengguan. Fesyen yang mengehadkan seperti itu termasuk korset, kolar, dan skirt tempang.

Korset

sunting

Korset latihan dan korset belenggu juga telah menjadi barangan asas dalam pakaian fetisy, terutamanya di kalangan dominan profesional. Seseorang juga boleh memaksa submisif atau hamba memakai korset yang diikat ketat sebagai sejenis hukuman atau kekangan. Dan amalan masokistik yang dikenali sebagai tightlacing (har. latihan korset) menciptakan jenis kesedapan tertentu bagi pemakainya. Pada tahun 1980-an, penyanyi pop seperti Madonna dan Cyndi Lauper memperkenalkan semula dan mempopularkan korset sebagai contoh pakaian dalam berani sebagai pakaian luar. Pengaruh ini berterusan sehingga hari ini dalam fesyen fetisy dan arus perdana.[5][6]

Skirt tempang

sunting
 
Model pakaian dalam wanita memakai stoking serba lengkap, dengan girdel terbuka, seluar dalam telus, dan kasut tumit tinggi

Skirt tempang ialah skirt panjang dan ketat, yang memanjang sehingga ke bawah lutut dan selalunya sampai ke buku lali, sehinggakan sukar untuk berjalan dengannya. Apabila digunakan sebagai pakaian fetisy, ia sering diperbuat daripada lateks atau PVC dan kadang-kadang dikorset untuk meningkatkan rintangan.

Skirt sebegini pernah menjadi fesyen arus perdana buat seketika pada tahun 1910-an; namun, ia segera ditinggalkan kerana dianggap tidak praktikal. Ia dihidupkan kembali pada tahun 1950-an oleh John Willie dan lain-lain sebagai gaya belenggu/fetisy.[7]

Stoking dan stokin

sunting

Untuk mengelakkan kekeliruan dalam terjemahan, penting untuk membezakan perkataan Inggeris "socks" dan "stocking," kerana kedua-duanya diterjemahkan kepada "stoking" dalam Bahasa Melayu. Bagaimanapun, mengikut Kamus Dewan Perdana, perbezaan dapat dibuat dengan menggunakan "stokin" untuk merujuk kepada "socks" dan mengekalkan "stoking" khusus untuk "stocking."

Pefetisy stoking biasanya mendapati pasangan seksual yang berpakaian stoking nilon atau sutera telus boleh merangsang secara seksual, atau mendapati tindakan seseorang memakai atau menanggalkan sepasang stoking itu mengujakan. Sesetengah lelaki mendapati mengumpul dan memakai stoking, kadang-kadang disembunyikan di bawah seluar, mengujakan.[8]

Sama seperti hubungan antara kaki dan kasut, individu dengan fetisy stokin seringkali mempunyai tarikan khusus terhadap ciri-ciri tertentu stokin, seperti gaya atau corak rajutan yang tertentu. Perkara pentingnya ialah keasyikan ini mungkin tidak semestinya meluas kepada kaki atau kasut. Sesetengah penyelidik mencadangkan bahawa tarikan hebat yang dipamerkan oleh sesetengah lelaki terhadap bau stokin yang dipakai, terutamanya yang dipakai oleh wanita, mungkin bukti bagi wujudnya feromon manusia. Menurut teori ini, peluh daripada kaki wanita mungkin mengandungi bahan kimia menarik yang merangsang kegairahan lelaki. Lebih-lebih lagi, pendedahan kepada bau kaki atau kasut wanita pada usia muda mungkin meninggalkan kesan psiko-kimia yang berkekalan, berpotensi mempengaruhi kegairahan seorang lelaki terhadap stokin atau kasut yang telah dipakai dalam hidupnya yang kemudian.

Ramai lelaki yang mempunyai fetisy stokin juga sangat spesifik mengenai jenis stokin yang merangsang mereka, dan ini mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada jenis pakaian tertentu semasa zaman remaja. Kepercayaan ini disokong oleh pemerhatian bahawa sifat fetisyisme stoking nampaknya berbeza mengikut lingkungan umur dan trend pakaian pada suatu tempoh. Antara lelaki yang menunjukkan minat terhadap stokin wanita yang berada dalam tempoh awal akil baligh pada akhir 1980-an/awal 1990-an, ketika stokin longgar ialah trend popular, mereka cenderung menunjukkan minat yang kuat terhadap stokin longgar yang tebal, manakala lelaki muda yang mempunyai fetisy stokin cenderung menunjukkan minat yang lebih besar terhadap stokin pendek jenis buku lali yang menjadi popular pada tahun-tahun kemudian. Terdapat juga kecenderungan serantau dalam fetisy stokin, dengan lelaki yang menghabiskan zaman remaja mereka di iklim utara menunjukkan minat yang kuat terhadap stokin berbulu tebal.

Sniker

sunting

Fetisyisme kasut sukan atau sniker merupakan satu lagi bentuk fetisyisme kasut yang spesifik.[9] Seperti fetisyisme kasut but, ia boleh disertai dengan fetisyisme terhadap bahan pembuatannya. Sebagai contoh, getah yang digunakan untuk tapak luar dan sisi kasut sukan boleh menjadi sumber fetisyisme getah. Sniker dan jenis kasut atletik lain (seperti kasut bola sepak) adalah item popular yang difetisykan, kadang-kadang disebabkan hubungannya dengan atlet, atau model sniker tertentu (seperti model berjenama Nike) yang dicari di kalangan pefetisy sniker.[10]

Pakaian renang

sunting

Fetisyisme pakaian renang adalah fetisy seksual yang berkaitan dengan pakaian renang. Ia juga boleh melibatkan bahan tercetak atau elektronik yang memaparkan pakaian renang yang dipakai.

Jaket dan kot

sunting
 
Parka bulu berkilat

Fetisyisme jaket biasanya dikaitkan dengan fetisy atau tarikan terhadap jaket, walaupun ia juga boleh dikaitkan dengan jaket kulit atau jaket bulu,[11] terutamanya berkaitan dengan belenggu (BDSM). Dalam satu tinjauan, penyelidik di Universiti Bologna mendapati 9% ahli kumpulan fetisy dalam talian berada dalam kumpulan yang berkaitan dengan pakaian bahagian atas badan seperti jaket.[4]

Gaya dan potongan seluar jean juga boleh meningkatkan daya tarikan seksualnya kepada para pefetisy, sama ada lelaki atau perempuan. Seluar jean tanpa poket pada bahagian belakang kadang-kadang dianggap menunjukkan punggung dan oleh itu lebih menawan. Seluar jean regangan juga sering dianggap menarik kerana ia kelihatan seketat kulit tanpa mengikat seperti seluar jean denim yang biasa. Contoh denim fetisy ialah "Zip Around Jeans," yang dinamakan demikian kerana zipnya dibuka dari bahagian depan dan terus ke belakang. Gaya lain yang popular termasuk seluar jean berikat dan gaya seluar jean banyak butang.

Baju-T

sunting

Walaupun fetisyisme baju-T kadang kala dikaitkan dengan fetisyisme baju-T basah, yang sering dipamerkan dalam acara awam seperti pertandingan baju-T basah atau yang dipaparkan oleh video dalam talian, terdapat perdebatan berterusan sama ada kedua-duanya perlu dianggap sebagai fetisy yang berbeza atau sekadar variasi tarikan yang sama.[12][13]

Seluar pendek

sunting

Fetisyisme seluar pendek adalah satu jenis tarikan seksual yang melibatkan rangsangan yang dicetuskan oleh pelbagai jenis seluar pendek, termasuk pakaian sukan seperti hotpants, seluar basikal, seluar yoga, seluar bola keranjang, atau seluar gim. Individu dengan fetisy ini mungkin mengalami rangsangan disebabkan pengalaman masa lampau dimana ia tertarik kepada rakan sebaya yang memakai seluar pendek, selalunya semasa zaman pembentukan mereka. Sesetengah orang, termasuk pemakai silang, mungkin mengalami kegembiraan dalam memakai seluar pendek yang direka untuk jantina bertentangan, menikmati gaya, penampilan, rasa, dan tekstur fabrik. Lain-lain mungkin mendapat keseronokan daripada memakai seluar pendek semasa aktiviti intim atau membayangkan melakukan persetubuhan semasa memakainya, menunjukkan hubungan emosi dan deria yang kuat dengan jenis pakaian ini.

Lampin

sunting

Orang yang mempunyai fetisyisme lampin (dikenali secara tidak rasmi sebagai "pencinta lampin" atau "DL; singkatan diaper lovers" secara ringkas) tertarik dengan idea diri mereka atau orang lain memakai lampin dewasa.

Rangsangan boleh datang daripada idea lampin itu sendiri, bahan-bahan (plastik, kain, SAP, dll) yang digunakan untuk membuatnya, hubungan urolagnik atau skatologik dengan penggunaannya, serta bagaimana ia berpotensi berkaitan dengan fetisy seperti BDSM, main usia, main peranan perubatan, dan sebagainya. Walaupun berbeza, lampin juga merupakan komponen biasa dalam main peranan bayi dewasa sehingga istilah umum "bayi dewasa/pencinta lampin" (atau "AB/DL; singkatan adult baby/diaper lover") kerap digunakan untuk merujuk kepada pelbagai subbudaya fetisy.[14][15][16]

Pada tahun 2013, Persatuan Psikiatri Amerika (APA) menerbitkan Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima (DSM-5) yang di antara lain, membuat perbezaan yang jelas antara "minat seksual yang atipikal" (atau dikenali sebagai sumbang laku, fetisy, atau parafilia) dan "gangguan parafilia". APA menyatakan bahawa "majoriti orang yang mempunyai minat seksual yang atipikal tidak mempunyai gangguan mental"[17] dan oleh itu, dalam kebanyakan kes, keutamaan seperti fetisyisme lampin boleh dianggap sebagai bentuk ekspresi seksual manusia yang sah dan tidak berbahaya.[18]

Sehingga September 2015, Huffington Post Arts & Culture menerbitkan temu bual mengenai fetisyisme lampin. Walaupun fetisyisme pakaian ini agak kurang dikenali, para pefetisy lampin biasanya menjalankan aktiviti ini secara sulit atau dengan pasangan yang berkongsi minat yang sama terhadap fetisy tersebut (tindakan seksual).[19][20]

Di Korea Selatan, pandangan masyarakat umum terhadap fetisyisme lampin adalah negatif. Sebuah kafe Naver (serupa dengan perkhidmatan Yahoo! Groups) yang khusus untuk fetisyisme lampin ditutup sekitar September 2010 kerana media Korea Selatan menggambarkannya secara negatif kepada orang awam.[21][22][23] Satu lagi kejadian berlaku apabila kumpulan gadis Korea Selatan, Girl's Day, dituduh memakai kostum yang menyerupai lampin besar, yang digelar sebagai fesyen lampin.[24]

Pakaian berkaitan jantina

sunting

Fetisyisme boleh merangkumi pelbagai pakaian yang biasanya dipakai atau dikaitkan dengan jantina atau ungkapan jantina tertentu. Sebagai contoh, ini boleh merujuk kepada individu yang tertarik dengan orang yang memakai pakaian berkaitan jantina maskulin, seperti seluar pendek gim atau sut lelaki. Elemen pakaian yang berkaitan dengan jantina tertentu boleh menjadi punca fetisy, termasuk renda, ropol, corak bunga, sulaman, penutup belakang, atau pelbagai warna (seperti ungu muda dan merah jambu).

Uniform

sunting
 
Wanita dalam pakaian pelayan Perancis, Paris

Antara uniform yang paling kerap menjadi objek fetisy termasuk uniform doktor, pelajar sekolah perempuan, pegawai polis, pegawai tentera, jururawat, pembantu rumah Perancis, pemain sukan, pelayan, pesorak, dan Playboy Bunny. Sesetengah orang juga menganggap pakaian biarawati atau bahkan apron sebagai uniform. Kadang-kadang, uniform mungkin digunakan mengikut aktiviti yang sedang dilakukan. Misalnya, seseorang mungkin memakai uniform jururawat untuk memberikan enema, seragam polis untuk menggari tangan dan mengurung seseorang, atau dua orang yang sama berpakaian seperti banduan untuk aktiviti antara banduan dalam persekitaran penjara atau sebagai submisif kepada pemain ketiga (pengawal). Ini dapat menambahkan rasa keaslian kepada permainan.[25]

Mengikut jenis fabrik

sunting

Fetisyisme bulu merujuk kepada fetisyisme seksual yang berpusat pada orang yang memakai bulu, atau dalam kes tertentu, pada pakaian bulu itu sendiri.

Bahan-bahan ini mungkin difetisykan kerana pakaian itu bertindak sebagai pengganti fetisyistik atau kulit kedua bagi kulit pemakainya sendiri. Bahan itu mungkin dianggap menyediakan superrangsangan yang lebih kuat daripada tindak balas normal yang dikaitkan dengan kulit sebenar. Ini dipertingkatkan oleh hakikat bahawa bulu pakaian pada asalnya merupakan kulit dan bulu haiwan.

Gambaran paling terkenal, dan salah satu yang terawal, mengenai topik ini ialah novel-separa autobiografi Venus in Furs (1870) karya Leopold von Sacher-Masoch. Selepas kejayaan novel itu, Sacher-Masoch rupanya memutuskan untuk menjalani gaya hidup fetisy sadomasokisme.[26] Pada tahun 1884, dia menghantar salinan novel itu kepada Richard von Krafft-Ebing, yang memberikan keabadian kepada Sacher-Masoch apabila, pada tahun 1891, dia mencipta istilah masokisme.

Wul, Kashmir, dan Angora

Fetisy sweater merupakan nama umum bagi tarikan kepada pakaian wanita yang lembut seperti kardigan, set sweater, sweater, gaun, dan baju luar yang diperbuat daripada serat semula jadi yang lembut, khususnya bulu biri-biri, mohair, Angora, dan kashmir.[27]

Fetisyisme kulit adalah nama yang popular digunakan untuk menerangkan tarikan seksual kepada orang yang memakai pakaian kulit dan/atau kepada pakaian kulit itu sendiri. Bau dan bunyi kulit seringkali menjadi rangsangan erotik bagi individu dengan fetisy kulit. Uniform kulit juga boleh menjadi objek fetisy. Kulit kadangkala dikemas dengan permukaan berkilauan dan dihasilkan dalam warna terang, yang menyediakan rangsangan visual bagi sesetengah pefetisy kulit.

Rasa pakaian kulit yang ketat yang dipakai boleh dialami sebagai bentuk belenggu seksual. Sesetengah peralatan belenggu dihasilkan daripada tali kulit. Istilah "budaya kulit" digunakan pada tahun 1960-an sebagai istilah umum untuk amalan seksual alternatif. Fetisy kuda melibatkan penggunaan peralatan seperti peralatan berkuda yang dipasangkan pada manusia.

Lateks/PVC

sunting

Fetisy lateks adalah tarikan fetisyistik kepada busana atau pakaian lateks dan kadang-kadang dipanggil fetisyisme getah kerana lateks merupakan sejenis getah. Pengamal fetisy lateks atau getah mungkin merujuk diri mereka sebagai "rubberists". Jenis fetisyisme lateks termasuk pengembungan badan dan tarikan kepada getah lutsinar. Fetisyisme lateks merangkumi memakai pakaian lateks, memerhatikan orang lain memakainya, dan menikmati fantasi erotik yang memaparkan pakaian lateks, katsut, hud, pakaian penyelam, atau pakaian perlindungan industri. Ikon fetisy lateks yang lazim ialah dominatriks yang memakai katsut PVC atau lateks hitam berkilat seketat kulit.

Fetisyisme PVC sering dikaitkan rapat dengan fetisyisme lateks, walaupun kedua-dua bahan itu adalah berbeza. Fetisyisme PVC melibatkan tarikan erotik kepada pakaian plastik berkilauan yang diperbuat daripada polivinil klorida (PVC), poliuretana, atau bahan buatan manusia yang serupa. PVC mungkin disalah anggap sebagai kulit paten yang berkilauan. Fetisyisme PVC juga merangkumi tarikan erotik kepada pakaian seperti baju hujan plastik yang jernih, penutup, pakaian tempahan khas yang diperbuat daripada PVC jernih, atau barang yang boleh dikembungkan.

Fetisyisme nilon merangkumi pemakaian baju hujan, jaket, dan seluar yang berkilauan. Dalam kes heteroseksual, keutamaan khas sering kali merangkumi pakaian nilon yang direka untuk atau dimiliki oleh jantina yang bertentangan.

Spandeks

sunting


Fetisyisme spandeks ialah tarikan fetisyistik kepada orang yang memakai kain regangan atau, dalam kes tertentu, kepada pakaian itu sendiri, seperti leotard. Salah satu sebab mengapa spandeks dan fabrik ketat yang lain boleh difetisykan adalah kerana pakaian itu membentuk "kulit kedua", bertindak sebagai pengganti fetisyistik untuk kulit pemakainya sendiri. Pemakai pakaian spandeks nilon dan kapas yang seketat kulit mampu kelihatan telanjang atau dilapisi dengan bahan berkilauan atau pudar seperti cat. Keketatan pakaian juga boleh dianggap sebagai belenggu seksual. Sebab lain adalah fabrik spandeks nilon (yang menjadi keutamaan ramai pefetisy spandeks) sering dihasilkan dengan kemasan yang sangat licin dan setara sutera, yang memberikan dimensi sentuhan kepada fetisy tersebut serta dimensi visual. Terdapat tarikan seksual kepada leotard dan pakaian berkaitan tarian yang lain. Ini juga berlaku kepada gimnas.

Dalam buku komik, adiwira, adiwirawati, dan adipenjahat biasanya digambarkan memakai kostum yang diperbuat daripada spandeks atau bahan yang serupa. Wira perempuan sentiasa memakai kostum seketat kulit, sangat menjolok mata, dan berwarna terang yang biasanya hanya menutup sedikit sahaja bahagian badan untuk kelihatan kemas. Fantasia yang melibatkan adiwira atau pemakaian kostum adiwira biasanya dikaitkan dengan fetisy spandeks. Sesetengah orang juga melakukan cosplay sebagai adiwira atau adipenjahat dalam beberapa kandungan lucah di internet; sama ada mereka mahu menikmati fetisyisme menjadi watak yang mereka lakonkan atau pakaian spandeks seketat kulit yang mereka pakai, atau mungkin kedua-duanya.[28]

Sut badan penuh yang dikenali sebagai zentai sepenuhnya menyelubungi pemakainya dalam fabrik seketat kulit. Pakaian ini pada dasarnya adalah katsut dengan sarung tangan, kaki, dan hud. Pemakai mengalami penutupan penuh, dan mereka yang menikmati objektifikasi erotik boleh memanfaatkan aspek tak bernama oleh pakaian tersebut. Perkataan zentai bermaksud badan keseluruhan dalam bahasa Jepun.

Pakaian atletik nilon (trek)

sunting

Trend fesyen dari tahun 1990-an, seluar ini terkenal kerana bunyi berdesir ketika pemakainya berjalan. Pada awal tahun 2000-an, beberapa kumpulan internet muncul yang khususnya membincangkan topik trek nilon dan pakaian sukan. Pelajar sekolah sering memakainya, sama ada sebagai uniform sukan atau sekadar pernyataan fesyen. Bunyi berdesir dan rupa bahan nilon yang berkilauan merangsang sesetengah orang sehingga ke tahap kenikmatan seksual. Rekaan Adidas dengan tiga jalur, yang tersedia dalam pelbagai warna, merupakan trend popular dengan seluar ini. Nike juga mempunyai trek nilon sendiri dengan logo swoosh yang terkenal pada bahagian bawah kaki atau poket pinggul. Malah pada hari ini, masih terdapat beberapa laman web yang dikhaskan untuk menerbitkan gambar orang yang memakai pakaian sukan nilon dan berkilat. Trek dan sut trek masih merangsang beberapa individu hingga ke hari ini.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Masters WH, Johnson VE, Kolodny RC: Human sexuality, 5th ed. New York: Harper Collins, 1995.
  2. ^ de Silva WP (1999). "ABC of sexual health. Sexual variations". BMJ. 318 (7184): 654–6. doi:10.1136/bmj.318.7184.654. PMC 1115095. PMID 10066212.
  3. ^ "Why Do Some Guys Get Horny From Destroying Sneakers?". Highsnobiety (dalam bahasa Inggeris). 2016-07-25. Dicapai pada 2024-02-15.
  4. ^ a b Scorolli C, Ghirlanda S, Enquist M, Zattoni S, Jannini EA (2007). "Relative prevalence of different fetishes". Int. J. Impot. Res. 19 (4): 432–7. doi:10.1038/sj.ijir.3901547. PMID 17304204. S2CID 8721520.
  5. ^ Kunzle, David (August 1, 2006). Fashion & Fetishism: Corsets, Tight-Lacing and Other Forms of Body-Sculpture. The History Press. ISBN 978-0-7509-3809-9.
  6. ^ Steele, Valerie (February 8, 2003). The Corset: A Cultural History. Yale University Press. ISBN 978-0-300-09953-9.
  7. ^ "Custom Hobble Skirts" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2011. Dicapai pada January 9, 2015.
  8. ^ Kunzle, David (2004). Fashion and Fetishism. Sutton. ISBN 0-7509-3808-0
  9. ^ Emma Hope Allwood (30 August 2018). "Sneaker fetishists discuss the shoes that turn them on (and off)". Dazed.
  10. ^ Gwóźdź, Maja (2016). "Footwear on, underwear off: fetishism and brand eroticization". Porn Studies. Informa UK Limited. 3 (4): 460–463. doi:10.1080/23268743.2016.1259963. ISSN 2326-8743. However, there is surely significance in the fact that online fora devoted solely to sneaker porn distinguish among particular brands (see especially Sneaker-groups.com). Quantitatively speaking, Nike products overwhelmingly dominate sneaker porn. Other major brands featured in the videos include Adidas, Con- verse, Reebok, Keds, Fila and Puma. To be precise, Nike Air Max sneakers seem to be especially revered by posters and viewers alike.
  11. ^ Kale, Sirin (2016-08-30). "Getting Down with the Puffy Jacket Porn Scene". Vice (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  12. ^ Kutner, Jenny (March 25, 2016). "The Short, Sexist History of the Wet T-Shirt Contest, a Symbol of Spring Break Debauchery". Mic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-02.
  13. ^ "A Feminist Argument For Wet T-Shirt Contests Autre Magazine". Autre Magazine (dalam bahasa Inggeris). March 9, 2016. Dicapai pada 2020-07-02.
  14. ^ Zamboni, Brian (2017). "Characteristics of Subgroups in the Adult Baby/Diaper Lover Community". The Journal of Sexual Medicine. 14 (11): 1421–1429. doi:10.1016/j.jsxm.2017.09.006. PMID 28970070.
  15. ^ Malitz, S. (June 1966). "Another report on the wearing of diapers and rubber pants by an adult male". American Journal of Psychiatry. 122 (12): 1435–1437. doi:10.1176/ajp.122.12.1435. PMID 5929499.
  16. ^ "This Is What Living With An Adult Diaper Fetish Is Like". HuffPost (dalam bahasa Inggeris). 10 September 2015.
  17. ^ "Paraphilic Disorders" (PDF). American Psychiatric Association. 2013.
  18. ^ American Psychiatric Association (2000). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. IV-TR). American Psychiatric Pub. m/s. pg 572. ISBN 0-89042-025-4.
  19. ^ Michelson, Noah; Kolodny, Carina; Bogucki, Katelyn (10 September 2015). "This Is What Living With An Adult Diaper Fetish Is Like". Huffingtonpost.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 October 2017 – melalui Huff Post.
  20. ^ "What An Adult-Baby-Diaper-Lover Relationship Is Really Like" (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-08. Dicapai pada 2018-03-12.
  21. ^ Oh (오), Yeong-gyeong (영경) (2010-09-11). 성인용 기저귀카페 폐쇄...착용샷에 사용기까지 '엽기'. 서울신문NTN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-01. Dicapai pada 2011-12-17.
  22. ^ "El Real Tex Mex Clothing". 매일경제. 2010-09-11.
  23. ^ 다 큰 성인이 기저귀 차고 소변을?…기저귀카페 결국 폐쇄. Hankyung.com (dalam bahasa Korea). 2010-09-11. Dicapai pada 2011-12-17.
  24. ^ Pyo (표), Jae-min (재민) (2011-05-30). 걸스데이 기저귀패션 논란 해명 "반바지인데 춤추다 보니…". TV Report (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2012-03-30.
  25. ^ The Visual Dictionary of Sex, Dr. Eric J Trimmer (editor), ISBN 0-89479-011-0; A & W Publishers, 1977
  26. ^ Written in the flesh: a history of desire. Author: Edward Shorter. Editor: University of Toronto Press, 2005. ISBN 0-8020-3843-3, ISBN 978-0-8020-3843-2
  27. ^ "Woolly Desire". July 19, 2013.
  28. ^ "Spandex, Tights and Cosplay: Superhero-Fetish Frequently Asked Questions (FAQ)". How To Kill A Superhero by Cesar Torres (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-07. Dicapai pada 2024-09-29.

Sumber

sunting