Feldspar
Feldspar ialah sekumpulan mineral tektosilikat dengan formula kimia berulang KAlSi3O8 – NaAlSi3O8 – CaAl2Si2O8. Mineral ini membentuk kira-kira 41% daripada batuan di kerak Bumi.[1]
Feldspar | |
---|---|
Sampel hablur feldspar (18×21×8.5 cm) |
|
Maklumat am | |
Kategori | Tektosilikat |
Formula kimia | KAlSi3O8 – NaAlSi3O8 – CaAl2Si2O8 |
Pengecaman | |
Warna | Merah jambu, putih, kelabu, perang, biru |
Sistem hablur | Triklin atau monoklin |
Pembelahan | Dua atau tiga |
Fraktur | Di satah pembelahan |
Kekerasan skala Mohs | 6.0–6.5 |
Kilau | Vitrus |
Indeks biasan | 1.518–1.526 |
Dwibiasan | Tahap pertama |
Pleokroisme | Tiada |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 2.55–2.76 |
Ketumpatan | 2.56 |
Diafaneiti | Legap |
Feldspar boleh ditemui dalam pelbagai batuan enapan.[2]
Komposisi
suntingBatuan-batuan feldspar terdiri daripada tektosilikat. Formula kimia umum feldspar ialah (Na,K,Ca,Ba)(Si,Al)4O8 ataupun (Na,K,Ca,Ba)Al(Al,Si)Si2O8. Komposisi umum bagi batuan feldspar umum terdiri daripada tiga mineral berikut:[3]
Feldspar alkali
suntingFeldspar alkali ialah sekumpulan feldspar yang berkedudukan di antara ortoklas dengan albit dari segi komposisi unsur.[3] Feldspar alkali terdiri daripada ortoklas dan sekumpulan mineral, di mana kumpulan mineral tersebut memiliki kalium yang sama ada bercampur dengan kalium, aluminium atau silikon, ataupun digantikan dengan barium (feldspar barium), dan menuruti formula kimia ortoklas, KAlSi3O8.
Nama | Formula | Struktur hablur | Gambar |
---|---|---|---|
Ortoklas | KAlSi3O8 | Monoklin | |
Sanidin | (K,Na)AlSi3O8 | Monoklin | |
Mikroklin | KAlSi3O8 | Triklin | |
Anortoklas | (Na,K)AlSi3O8 | Triklin |
Felspar barium
suntingFeldspar barium ialah sejenis feldspar alkali, di mana kalium dalam struktur ortoklas digantikan dengan barium.
Nama | Formula | Struktur | Gambar |
---|---|---|---|
Selsian[4] | BaAl2Si2O8 | Monoklin | |
Hialofan[5] | (K,Ba)(Al,Si)4O8 | Monoklin |
Feldspar plagioklas
suntingFeldpsar plagioklas ialah sekumpulan batuan feldspar yang terletak di antara albit dengan anortit dari segi komposisi unsur.
Perlombongan
suntingKira-kira 25 juta tan feldspar telah dilombong pada tahun 2018, di mana Turki mendahului sektor perlombongan dengan mencatat hasil perlombongan sebanyak 7.5 juta tan, diikuti dengan China (4 juta tan) dan Itali (3 juta tan).[6]
Rujukan
sunting- ^ Anderson, Robert S.; Anderson, Suzanne P. (2010). Geomorphology: The Mechanics and Chemistry of Landscapes. Cambridge University Press. m/s. 187.
- ^ "Weathering and Sedimentary Rocks." Geology. Diarkibkan 2007-07-03 di Wayback Machine Retrieved on July 18, 2007.
- ^ a b Feldspar. What is Feldspar? Industrial Minerals Association. Retrieved on July 18, 2007.
- ^ Celsian–orthoclase series on Mindat.org.
- ^ Celsian–hyalophane series on Mindat.org.
- ^ "Feldspar and Nepheline Syenite". Mineral Commodity Summaries 2019 (PDF) (dalam bahasa Inggeris). USGS. 2019. m/s. 59. doi:10.3133/70202434. ISBN 978-1-4113-4283-5.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Feldspar di Wikimedia Commons