Perkampungan Felda Padang Piol yang terletak dalam daerah Jerantut, Pahang (DUN Tahan N09 dan Parlimen Jerantut ,P081). Bilangan peneroka di Felda ini ialah seramai 664 orang. Ini merangkumi peneroka generasi pertama dan peneroka generasi kedua. Generasi kedua ialah pewaris kepada peneroka generasi kedua yang telah meninggal dunia. Majoriti peneroka kawasan ini adalah Melayu iaitu seramai 651 orang dan selebihnya ialah kaum India iaitu 13 orang .

Felda Padang Piol merupakan rancangan yang terbesar di Wilayah Jengka. Dibangunkan pada tahun 1978 dan terbahagi kepada 9 peringkat iaitu peringkat 001,002,003,005,007,008 dan 009 bagi lot berpeneroka serta peringkat 004 dan 006 bagi lot Felda.

Perkara menarik di Padang Piol ianya menjadi tarikan pelancong kerana terdapat kawasan menarik iaitu Red Forest @ Bukit Merah untuk aktiviti mendaki Bukit serta kedudukannya di laluan utama ke Kuala Tahan.

Asal Usul Nama/ Sejarah Nama Felda Padang Piol

Asal Usul Nama/ Sejarah Nama Felda Padang Piol adalah merujuk kepada sekumpulan burung yang banyak disuatu kawasan yang lapang. Sekumpulan burung yang banyak ini tidak hanya berkumpul tetapi mengeluarkan bunyi yang nyaring seolah-olah sedang bersiul. Orang asli pertama yang membuka tanah ini bernama piol dan beliau juga yang melihat sekumpulan burung setiap hari. Justeru,bermula dari situlah tempat ini dinamakan sebagai Padang Piol.[1]


  1. ^ PEJABAT FELDA PADANG PIOL_2024_MOHD_NAZRE