Gugusan FELDA Bukit Rokan
Gugusan FELDA Bukit Rokan merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Bukit Rokan terletak dalam daerah Tampin dan terletak dalam kawasan DUN Gemencheh. Gugusan ini merangkumi tiga kawasan tanah rancangan iaitu FELDA Bukit Rokan (di bahagian timur), FELDA Bukit Rokan Utara dan FELDA Bukit Rokan Barat.
Gugusan FELDA Bukit Rokan Wilayah Raja Alias | |
---|---|
Gugusan tanah rancangan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Tampin |
Mukim | Mukim Air Kuning |
Dibuka | 1969 (Utara) 1979 (Barat) |
Diduduki | 1972 (Utara) 1985 (Barat) |
Tanah rancangan | 3 tanah rancangan
|
Pentadbiran | |
• Pengarah FELDA Wilayah | Saifullah Mat Nor |
Poskod | 73300 Gemencheh |
FELDA Bukit Rokan Utara diteroka pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. FELDA Bukit Rokan Barat pula dibuka pada tahun 1979 dan mula didiami pada tahun 1985.
Demografi
suntingKeadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan tiga daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.
Infrastruktur
suntingKampung ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan desa, sekolah rendah dan menengah, gelanggang futsal, masjid dan klinik desa.