Farah Asyikin (album)
Farah Asyikin ialah album studio pertama dan terakhir oleh penyanyi wanita Malaysia, Farah Asyikin, dikeluarkan pada 1 Mei 2007 oleh Nature Records dan Monkey Bone Records.[1]
Farah Asyikin | |
---|---|
Album studio oleh | |
Dilancarkan pada | 1 Mei 2007 |
Dirakamkan pada | 2006–2007 |
Genre | |
Panjang | 37:54 |
Bahasa | |
Syarikat |
|
Penerbit |
|
Single daripada Farah Asyikin | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya terjual sebanyak 3,000 unit. Empat lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single termasuk "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" dan "1000 Penipuan" yang berjaya menduduki carta muzik tempatan.[1] "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" dipilih sebagai lagu tema drama Sutera Maya dan "1000 Penipuan" sebagai lagu tema drama Gol & Gincu The Series.[2] Farah dalam temubual dengan Utusan Malaysia menyifatkan album sulungnya sebagai "hadiah perkahwinan" beliau.[3]
Farah sendiri turut terlibat dalam pembikinan albumnya ini dengan menyumbangkan dua lagu ciptaannya, iaitu "Fantasi" dan "Cinta" selain turut menulis lirik untuk enam lagu.[4] Namun terdapat masalah apabila Nature Records didakwa melewatkan pengedaran album ini menyebabkan Farah memutuskan untuk menamatkan kontraknya bersama Nature Records.[1]
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "O" | Farah Asyikin | Audi Mok | 2:50 | ||||||
2. | "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" | Rafidah Abdullah | Audi Mok | 3:06 | ||||||
3. | "Bukan Milik Ku" | Farah Asyikin | Audi Mok | 3:29 | ||||||
4. | "Fantasi" | Farah Asyikin | Farah Asyikin | 3:38 | ||||||
5. | "Cinta" | Farah Asyikin | Farah Asyikin | 3:38 | ||||||
6. | "Di Pangkuan Pilu" | Mabel Lew | Sharon Paul | 3:31 | ||||||
7. | "Get Happy" | Audi Mok | Audi Mok | 2:40 | ||||||
8. | "1000 Penipuan" | Azalea | Audi Mok | 2:40 | ||||||
9. | "Bayangkanlah" | Farah Asyikin | Ahmad Izham Omar | 3:57 | ||||||
10. | "Sempurna" | Farah Asyikin | Audi Mok | 4:27 | ||||||
11. | "Dari Sini Ke Bintang-Bintang" (versi akustik) | Rafidah Abdullah | Audi Mok | 3:08 | ||||||
Jumlah masa: 37:54 |
Tenaga kerja
suntingDiperoleh dari catatan media album.[5]
- Penyanyi dan pemuzik
- Farah Asyikin - vokal
- Jamie Wilson - gitar
- Greg Henderson - gitar tambahan
- Kelly - bes
- Adriane Palikat - dram
- Audi Mok - programming
- Chan Kum Loong - erhu
- Ahmad Izham Omar - wurlitzer, keyboard
- Sharon Paul - piano
- Lan Habgood - trumpet
- Arthur Kam - perkusi
- Teknikal
- Audi Mok - penerbit, susunan muzik, rakaman
- Ahmad Izham Omar - penerbit eksekutif
- Eja Ibrahim - pemasaran
- Baby - promosi
- Zuar - promosi
- Adik - promosi
- Z - promosi
- Nick Lee (Sonique Productions) - mastering
- Riz - penyelaras A&R
- Bustamam Mokhtar (White Studio) - fotografi
- Izatt Artistic Team - imej dan solekan
- Johari Sahlan - reka bentuk kulit album
- Greg Henderson - juruadun
Rujukan
sunting- ^ a b c Norliza Mohamad Ghazali (8 Mac 2008). "Farah Asyikin, syarikat rakaman bermasalah?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-10. Dicapai pada 10 Julai 2008.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (27 Julai 2007). "Lagu Farah Asyikin begitu peribadi". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (15 Mei 2007). "Farah - Fariz bercinta selepas kahwin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-22. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- ^ "Farah Asyikin tidak tiru Kelly Clarkson". Utusan Malaysia. 6 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-08. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- ^ Farah Asyikin (Catatan media). Farah Asyikin. Free Nature, Monkey Bone. 2007.CS1 maint: others (link)