Fantasia
Fantasia adalah sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif pada sekitar lewat 80an. Mereka menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Fantasia | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Nurse Sandira (selepas 1988) |
Berasal dari | Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia |
Genre | Rock and roll, hard rock, heavy metal, hair metal, rock progresif, slow rock, blues, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1987–1989 |
Syarikat rakaman | TRC |
Pengkarya berkait | JS Kevin |
Bekas ahli | Che-mex (vokal)
Hafiz (vokal) Boy (gitar utama) Alim (gitar utama) Azlie (bes, meninggal dunia) Nizam (dram) |
Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, Fantasia merupakan antara kumpulan rock terawal yang menerima bimbingan daripada salah satu komposer yang cukup tidak asing lagi dalam industri muzik rock tanah air, Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali (JS Kevin), yang berperanan sebagai penerbit bagi kumpulan tersebut.
Latar belakang
suntingPada tahun 1987, sebuah kugiran yang dikenali sebagai Nurse telah ditubuhkan di Port Dickson, sebuah bandar peranginan pesisir laut yang terkenal di Negeri Sembilan. Barisan keanggotaannya menampilkan Che-mex selaku teraju utama, Alim dan Boy yang masing-masing mengambil posisi sebagai pemain gitar utama, Allahyarham Azlie di posisi pemain bes dan Nizam@Ijam di posisi pemain dram. Pada awal karier mereka sebagai kugiran muzik, Nurse sering kali diundang untuk membuat persembahan di pelbagai majlis-majlis keramaian dan ekspo di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang.
Pada tahun 1988, Nurse mengambil bahagian dalam pertandingan Juara-Juara Rock Galactica yang berlangsung di ibu negara. Hasil dari penglibatan mereka dalam pertandingan itu, mereka dilamar oleh syarikat rakaman Target Records (TRC) untuk merakam album pertama di bawah terbitan JS Kevin, dan pada saat itulah mereka dijenamakan semula sebagai Fantasia. Selain mereka, dua lagi kugiran yang turut bernaung di bawah payung TRC adalah Ikrar yang berasal dari Ipoh dan Ababil yang berasal dari Johor Bahru.
Fantasia mula meniti puncak populariti dalam kalangan penggemar muzik rock dengan penerbitan album sulung (merangkap album tunggal) mereka yang berjudul sendiri, Fantasia (1988), yang mengandungi beberapa lagu hits seperti Bulan Kertas dan beberapa lagu lain yang turut mendapat pencalonan dalam Anugerah Muzik Muzik 1989. Walau bagaimanapun, kelarisan mereka hanya tidak bertahan lama apabila kumpulan ini terpalit dengan konflik dalaman yang menyebabkan TRC bertindak melakukan rombakan terhadap kesuluruhan barisan keanggotaan, dan buat kali kedua nama mereka ditukarkan kepada Sandira.
Che-mex mengambil keputusan untuk meninggalkan Sandira dan kekosongan itu diisi oleh vokalis baharu, Hafiz yang merupakan vokalis asal Metal Child. Walaupun Sandira meneruskan rancangan rakaman album kedua mereka di bawah nama Fantasia, namun begitu impian mereka tidak kesampaian apabila kemelut dalaman antara anggota berlaku sekali lagi yang membawa kepada pembubaran kumpulan ini sewaktu proses rakaman sedang berlangsung.
Keahlian
suntingBerikut merupakan perkembangan barisan keanggotaan Fantasia sejak awal penubuhannya sehingga pembubarannya.
Nurse 1987–1988
sunting- Che-mex - penyanyi
- Boy - gitar utama
- Alim - gitar utama
- Azlie - bes (meninggal dunia)
- Nizam - dram
Fantasia 1988–1989
sunting- Che-mex - penyanyi
- Boy - gitar utama
- Alim - gitar utama
- Azlie - bes (meninggal dunia)
- Nizam - dram
Sandira 1989
sunting- Che-mex - penyanyi (posisi diganti oleh Hafiz)
- Hafiz - penyanyi
- Boy - gitar utama
- Alim - gitar utama
- Azlie - bes (meninggal dunia)
- Nizam - dram
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingFantasia (1988) – satu-satunya album yang berjaya diterbitkan
Runut
sunting- "Semarak Dalam Hari"
- "Kenyataan Sebuah Cinta"
- "Tenggelam"
- "Mahligai Kencana"
- "Si Tenggang"
- "Puteri Rock"
- "Konflik Dalam Cinta"
- "Mambang Malam Minggu"
- "Cerita Sebuah Cerita"
- "Bulan Kertas"