Fail kelompok
Dalam MS-DOS, OS/2 dan Windows, fail kelompok (BI: batch file) adalah fail teks yang mengandungi beberapa arahan di dalamnya bertujuan untuk dilakukan oleh pentafsir perintah. Teks yang mengadungi arahan tersebut disimpan dengan sambungan fail '.bat
'.
BAT | |
---|---|
Sambungan fail: | .bat, .cmd (hanya untuk Windows NT) |
Jenis format: | Penskripan |
Simbol-simbol
suntingSimbol | Kegunaan |
---|---|
:
|
Penanda tempat. |
""
|
Mengkelompokkan argumen-argumen. |
%
|
mengalamatkan sesuatu pembolehubah |
Perintah dalam fail kelompok
suntingecho
suntingecho akan mencetak perkataan-perkataan selepasnya (yang dipisahkan dengan ruang kosong).
Selalunya pada permulaan fail batch akan diletakkan @echo off
. Tujuannya adalah untuk mengelakkan arahan-arahan dalam fail batch tersebut daripada dicetak pada cangkerang.
Contoh penggunaan:
@echo off echo kata1 kata2 kata3 ... kataN
Arahan di atas akan mencetak kata1
hingga kataN sehinggalah barisan baru dibuat.
rem
suntingrem sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menulis komen. Singkatan untuk perkataan Inggeris remark. Baris ayat yang telah dipisahkan dengan ruang kosong selepas rem
adalah komen (perkataan pertama hingga hujung baris).
Contoh penggunaan:
@echo off rem komen1 komen2 komen3 ... komenN
Tiada apa-apa hasilan yang akan dipaparkan dengan arahan ini kerana ia hanyalah komen yang tersembunyi. Namun, sekiranya @echo off
tidak ditulis atau menulis @echo on
pada permulaan fail, cetakan berikut akan terhasil:
rem komen1 komen2 komen3 ... komenN
Kenyataan goto
suntinggoto mempunyai fungsi yang sesuai dengan maksudnya iaitu "pergi kepada". Kenyataan ini ditulis kemudian diikuti dengan nama label. Label boleh diletak di mana-mana yang perlu (mengikut masalah), goto
akan menunjuk untuk pergi kepada label tersebut lalu melakukan perintah yang datang selepas nama label tersebut.
Contoh penggunaan:
goto namaLabel :namaLabel rem beberapa arahan.
Kenyataan call
suntingcall digunakan untuk memanggil tatacara-tatacara tertentu. Simbol :
ditulis selepas kenyataan ini bagi mununjuk nama tatacara.
Contoh penggunaan:
call:TATACARA rem beberapa arahan di sini. goto:EOF
:TATACARA rem beberapa arahan untuk tatacara ini. goto:EOF
Kenyataan goto:EOF
bermaksud "pergi kepada penamat fail".
Pengulangan
suntingPengulangan (looping) adalah satu tindakan mengulang sesuatu arahan. Dalam pengulangan, kenyataan goto
digunakan. Penulisannya adalah seperti berikut:
:ulang rem arahan-arahan akan diletakkan di sini. goto ulang
Tatacara
suntingTatacara adalah sama seperti fungsi dalam C atau C++. Ia mengandungi beberapa arahan di dalamnya. Berikut adalah contoh tatacara dan pemanggilannya ke induk:
@echo off rem *********Induk call:CETAK_INDAH_DUNIA goto:EOF
rem *********mula tatacara CETAK_INDAH_DUNIA :CETAK_INDAH_DUNIA echo Indahnya Dunia. goto:EOF
Contoh
sunting- Indahnya Dunia
@echo off echo Indahnya dunia
- Pemasa
@echo off set x=1 :ulang if "%x%"=="6000" goto:EOF set /a x+=1 goto ulang
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) Arahan-arahan fail kelompok
- (Inggeris) Microsoft XP-Batch files