Fail ini dari Wikimedia Commons dan mungkin digunakan oleh projek lain.
Penerangan pada laman penerangan failnya di sana ditunjukkan di bawah.
LOGO JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
LATAR BELAKANG LOGO
Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.
PENGERTIAN LOGO
Bentuk segi tiga melambangkan bahawa JPN Johor ialah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil. Bentuk segi tiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama. Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.
Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.
Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.
Buah tiin yang ada disebut dalam Al-Quran ialah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.
Ringkasan
KeteranganJabatan Pendidikan Johor.png
Bahasa Melayu: Logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor
untuk berkongsi – untuk menyalin, mengedar dan memindah hasil kerja
untuk mencampur semula – untuk menyesuaikan karya
Di bawah syarat berikut:
pengiktirafan – Anda mesti memberi penghargaan yang berpatutan, bekalkan pautan ke lesen, dan tunjukkan jika perubahan telah dibuat. Anda boleh lakukannya dalam sebarang cara yang munasabah, tetapi bukan dalam sebarang cara yang mencadangkan pemberi lesen mengendors anda atau penggunaan anda.
perkongsian serupa – Jika anda mengubah, adun semula, atau menokok tambah bahan, anda mesti menyebarkan sumbangan anda di bawah lesen yang sama atau serasi dengan yang asal.
Fail ini mengandungi maklumat tambahan daripada kamera digital atau pengimbas yang digunakan untuk menghasilkannya. Jika fail ini telah diubah suai daripada rupa asalnya, beberapa butiran dalam maklumat ini mungkin sudah tidak relevan.