Factorio

permainan video terbitan tahun 2020

Factorio ialah permainan video strategi masa sebenar yang masih dalam pembangunan oleh Wube Lunak. Ia telah disediakan sebagai permainan akses awal sejak tahun 2014. Ia mula dibangunkan di Praha pada tahun 2012, dan terdapat banyak kerja untuk menyokongnya sejak tahun 2013. Kempen Indiegogo mendapat lebih banyak daripada matlamatnya, dan versi awal akses telah dijual untuk meningkatkan dana selanjutnya.

Factorio
PembangunWube Software
PenerbitWube Software
PengarahMichal "Kovarex" Kovarik
Tomas Kozelek
PerekaMichal Kovarik
Pengatur caraMichal Kovarik
Tomas Kozelek
ArtisAlbert Bertolin (pengarah seni)
Vaclav "V453000" Benc
KomposerDaniel James Taylor
PlatformMicrosoft Windows, macOS, Linux
Pelepasan
  • WW: 2012 (Alpha)
GenreAksi, strategi masa sebenar, kelangsungan hidup
ModPemain tunggal, berbilang pemain

Permainan mengikuti kisah seorang angkasawan yang mendarat terhempas di planet asing dan mesti mengumpul segala sumber dengan tangan untuk membangunkan industri untuk membangunkan sebuah roket[1]; walau bagaimanapun, sebagai permainan dunia terbuka, pengakhiran cerita tidak semestinya pengakhiran permainan. Permainan ini mempunyai kedua-dua mod pemain tunggal dan berbilang pemain.

Cara permainan

sunting

Factorio ialah permainan pengumpulan sumber dengan unsur-unsur strategi masa nyata dan kelangsungan hidup, dengan pengaruh daripada mod BuildCraft dan IndustrialCraft untuk permainan komputer Minecraft.[2] Pemain harus bertahan dengan mencari dan menuai sumber untuk mencipta alat dan mesin-mesin yang berbeza, yang kemudiannya akan membuat bahan-bahan lebih maju yang membolehkan perkembangan teknologi dan mesin lebih canggih. Permainan berlangsung semasa pemain terus membina dan mengurus kilang, perlombongan, mengangkut, pemprosesan dan mengumpulkan sumber bersistem automatik mereka. Pemain menyelidik teknologi canggih yang memungkinkan mereka untuk menciptakan struktur baru, barang-barang dan peningkatan, bermula dengan asas automasi dan akhirnya berarah kepada penapisan minyak, dron, dan baju perisai berkuasa.[3][4]

Versi terkini permainan "menang" secara rasmi dengan melancarkan sebuah roket dengan satelit, walaupun memilih untuk mengabaikan matlamat ini dan meneruskan membangun sebuah kilang adalah mungkin, kerana Factorio adalah sebuah permainan dunia yang terbuka. Pembinaan roket memerlukan sejumlah besar sumber, memaksa pemain untuk menetapkan kilang yang besar dan berkesan jika mahu menyelesaikan matlamat permainan. Ada pencapaian untuk menyelesaikan permainan di bawah 15 atau di bawah 8 jam, yang menunjukkan jangkaan masa siap untuk seorang pemain yang mahir. Rekod dunia any% single-player adalah 1 jam 58 minit dan 15 saat, tetapi telah ditetapkan menggunakan map seed yang baik dan makhluk asing telah ditetapkan kepada aman,[5] syarat-syarat yang membolehkan main lintas yang lebih terkawal.

Pertempuran

sunting

Pemain adalah berkenaan dengan mempertahankan diri mereka sendiri dan kilang mereka dari fauna asli planet yang semakin agresif, yang menjadi semakin lebih bermusuhan kerana pelepasan pencemaran yang dicipta oleh industri pemain yang meningkat, memerlukan kepentingan untuk pemain untuk mempertimbangkan keseimbangan antara pengeluaran mereka dan musuh agresif.[6] Terdapat empat jenis musuh: makhluk Biters, Spitters, Worms, dan Spawners. Biters dan Spitters dihasilkan oleh Spawners yang menyerap pencemaran, dan akan perlahan-lahan membentuk kumpulan besar untuk menyerang industri pemain. Worms merupakan pertahanan yang sangat kuat dan melindungi Spawners. Pertempuran boleh berlaku di awal permainan dengan pistol, yang kemudiannya submesin-gan, senapang patah, senapang patah pertempuran, peluncur roket, penyembur api, dan dalam hal yang ekstrem, misil nuklear. Dalam keadaan darurat, pemain juga boleh menyerang dengan mengayun beliung mereka kepada musuh. Amunisi juga mempunyai beberapa jenis, bermula dengan lelopak peluru murah tapi konvensional lemah dan kemudiannya lelopak peluru bertindak (piercing round) dan akhirnya lelopak peluru uranium tersusut.

Di awal permainan, teknologi dinding dan turet sudah tersedia untuk pemain, memberi akses untuk pembinaan dinding dan turet mesin-gan automatik. Dinding sangat tahan lama tetapi tidak melakukan apa-apa kepada industri kecuali melindungi. Turet senjata automatik akan menyerang musuh berdekatan, dan berguna untuk mempertahankan kawasan, tetapi tidak banyak perisai dan rentan jika kehabisan peluru. Teknologi pertengahan permainan memberikan akses ke turet laser yang tidak seperti turet submesin-gan automatik, tidak menggunakan peluru, dan hanya menggunakan elektrik untuk berfungsi. Turet laser mengabaikan nilai perisai makhluk asing dan lebih banyak kerosakan setiap tembakan dari turet ini, namun tembakan laser lebih perlahan-lahan dan menggunakan kuasa kos yang sangat tinggi yang membolehkan menghalang aktiviti di seluruh kilang. Teknologi pertengahan permainan juga memberikan akses kepada turet penyembuar api, yang menggunakan minyak ditapis dan amat berkesan pada menangani kelompok besar makhluk asing, tetapi mempunyai darjah bukaan semburan api yang terhad dan tidak dapat mempertahankan diri sendiri di bahagian sisi atau belakang.

Teknologi lanjut memungkinkan pengeluaran 3 kenderaan yang berbeza: kereta, kereta kebal dan kereta api. Mobil cepat, ringan perisai, dilengkapi dengan mesin-gan, dan memiliki ruang invetori yang besar, dan terutamanya berguna untuk menjejak dan mengangkut pemain dan sejumlah besar barang-barang dengan cepat. Kereta kebal mempunyai perisai yang banyak, dan dilengkapi dengan meriam, mesin-gan, dan penyembur api, tapi jauh lebih lambat dari kereta. Kereta kebal cemerlang pada musuh menyerang koloni dari jarak yang mengurangkan jumlah tempatan musuh. Kereta api yang besar, tidak bersenjata kenderaan yang digunakan untuk kelajuan tinggi, mengangkut kargo yang banyak melalui rangkaian kompleks yang dikawal isyarat berpotensi. Kereta kebal dan kereta api boleh juga memerangi makhluk asing dengan hanya melanggar sahaja, namun pemain harus berhati-hati kerana kereta-kereta ini juga boleh melanggar pemain.

Teknologi ketenteraan di akhir pemainan telah menyahkunci peluru uranium, misil nuklear, dan baju perisai berkuasa. Lelopak peluru uranium jauh lebih kuat daripada peluru yang lain, dan misil nuklear boleh menghapus apa-apa sahaja berada dilaluannya, sekali lagi termasuk pemain. Baju perisai berkuasa yang boleh dilengkapi dengan pelbagai modul, memberikan pemain kebolehan pertempuran tambahan, perisai pertahanan, atau kemampuan untuk melancarkan robot bagi pembinaan automatik.

Berbilang pemain

sunting

Berbilang pemain membolehkan orang, setempat dan melalui internet untuk bermain bekerjasama bersama-sama.[7][8] Factorio menyokong kedua-dua pelayan tertuju khas serta pelayan dengar yang dihoskan oleh pemain. Di masa lalu, permainan ini menggunakan rangkaian rakan ke rakan, bagaimanapun ini telah dikeluarkan kerana pilihan yang lebih mantap telah dibangunkan.[9][10] Fail dunia yang disimpan (saved world files) boleh dilancarmuatkan sama ada satu atau berbilang permain. Semua pemain di pelayan berkongsi teknologi secara lalai, kecuali satu sistem beberapa pasukan telah dundang-undangkan oleh pelayan tuan rumah. Tembak kawan (friendly fire) dibolehkan.

Sejak pemgemaskinian permainan 0.15, pemain boleh juga berkongsi cetak biru pembinaan pemain lain di pelayan mereka, melalui perpustakaan cetak biru awam pelayan-sisi.

Modifikasi dibuat pengguna

sunting

Permainan ini dirancang untuk disesuaikan melalui mod untuk membuat tambahan kandungan, seperti modifikasi ke permainan atau penteksturan semula dari unsur-unsur visual. Pembangun menawarkan sebuah portal dalam talian di web Factorio untuk mod pembangun untuk hoskan penciptaan pemain. Untuk membantu menyokong masyarakat bermod, terdapat pengurus mod dalam permainan yang membolehkan pemain untuk muat turun segera mod yang dihoskan di web Factorio. Sebarang modifikasi ke dalam permainan boleh ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Lua.

Pembangunan

sunting

Permainan ini dibangunkan oleh pasukan pembangun dari Praha, Wube Lunak, sejak pertengahan tahun 2012. Wube Lunak pada asalnya didirikan seorang pembangun sahaja , namun sudah ada seberapa pengaturcara yang tturut serta. Edisi mutakhirnya telah dibuat pada September 2014 oleh Michal Kovarik dan Tomas Kozelek di Praha, Republik Czech. Untuk membiayai kos pembangunan permainan ini, pasukan pembangunan memulakan suatu kempen dana khalayak Indiegogo yang bermula pada 31 Januari 2013 hingga 3 Mac 2013; kempen ini berjaya mengumpul sebanyak 21,626, melebihi sasaran €17,000 yang dikehendaki.[11][12][13]

Berikutan kejayaan pendanaan ini, Wube menjual edisi akses awal permainan untuk meningkatkan dana selanjutnya. Pembangun mendapat perhatian penuh sejak treler permainan pada April 2014 sebagai lonjakan penting bagi jualan tersebut.[14] Setakat Julai 2017, pasukan tersebut terdiri daripada 15 orang.[15]

Salah seorang pereka permainan menyatakan permainan ini diinspirasikan daripada mod Minecraft iaitu "IndustrialCraft" dan "BuildCraft" dalam pembangunan permainan.[2]

Permainan ini telah dilepaskan dalam Steam Early Access pada 25 Februari 2016, dan pembangun bertujuan untuk melepaskan versi penuh pada musim panas tahun 2018.[7]

Penerimaan

sunting

Walaupun masih dalam akses awal, Factorio telah menerima ulasan positif daripada pengkritik, iaitu Rock, Paper, Shotgun dan Eurogamer.[16][17]

Pada musim panas 2017, Wube Software mengumumkan bahawa Factorio melepasi 1 juta salinan yang dijual,[18][19] dan pada akhir tahun 2017 ia telah melepasi 1.2 juta salinan.[20][sumber lebih baik diperlukan]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Factorio". Factorio.com. Dicapai pada 2 September 2017.
  2. ^ a b "kovarex comments on Nerd³ FW – Factorio". Reddit. Dicapai pada 5 September 2014.
  3. ^ Jauch, Daniel. "Our Nation's Factorio Review". APGNation. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2014. Dicapai pada 16 Mei 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Priestman, Chris. "Factorio Is A Machine-Fetishist's Best Friend". Indie Statik. Dicapai pada 16 Mei 2014.
  5. ^ https://www.speedrun.com/Factorio
  6. ^ "Factorio – Content". www.factorio.com. Dicapai pada 10 Januari 2015.
  7. ^ a b "Factorio FAQ". www.factorio.com. Dicapai pada 28 Ogos 2017.
  8. ^ Rogers, Tristan (1 November 2014). "Factorio Gets Multiplayer". SandboxDB. Dicapai pada 21 November 2014.
  9. ^ "Factorio Headless download". www.factorio.com. Dicapai pada 2017-04-25. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ "Multiplayer - Factorio Wiki". wiki.factorio.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-04-25.
  11. ^ Smith, Graham. "Factorio Trailer Looks Like A Fun Factory, Has Demo". Rock, Paper, Shotgun. Dicapai pada 16 Mei 2014.
  12. ^ "Factorio". Indiegogo. Dicapai pada 16 Mei 2014.
  13. ^ Kozelek, Tomas. "Here we are". Factorio blog. Dicapai pada 16 Mei 2014.
  14. ^ Mike Rose (27 Mei 2014). "How a single game trailer turned the tide for Factorio". Gamasutra. Dicapai pada 28 November 2015.
  15. ^ "Factorio - Team". www.factorio.com. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  16. ^ Meer, Alec (2016-03-07). "Factorio: The End Of Management Games". Rock, Paper, Shotgun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-14.
  17. ^ Yin-Poole, Wesley (2016-02-26). "Meet Factorio, the wonderfully complex game about designing factories". Eurogamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-14.
  18. ^ "Factorio". www.factorio.com. Dicapai pada 2017-12-15.
  19. ^ "Factorio Has Sold Over 1 Million Copies". techraptor.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-14.
  20. ^ "Friday Facts #223 - Reflections on 2017 | Factorio". factorio.com. Dicapai pada 2018-01-14.

Pautan luar

sunting