Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA)[a] ialah persatuan pertubuhan kebangsaan yang mentadbir sukan bola keranjang di seluruh dunia. Badan ini mentakrifkan peraturan bola keranjang, menentukan peralatan dan kemudahan yang diperlukan, menganjurkan pertandingan antarabangsa, mengawal perpindahan atlet merentasi negara dan mengawal pelantikan pengadil antarabangsa. Sejumlah 212 persekutuan kebangsaan kini menjadi anggota FIBA, yang ditetapkan sejak 1989 kepada lima zon: Afrika, Amerika, Asia, Eropah dan Oceania.[2]
Kerangka | |
---|---|
Cogan kata | We Are Basketball |
Jenis/bentuk sah | Persatuan bola keranjang, badan induk sukan antarabangsa |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Pendahulu | Persekutuan Bola Baling Amatur Antarabangsa |
Ditubuhkan | 18 Jun 1932 |
Pengasas | Gabungan Bola Keranjang Argentina, Persekutuan Bola Keranjang Czechoslovakia, Persekutuan Bola Keranjang Yunani, Persekutuan Bola Keranjang Itali, Kesatuan Bola Keranjang Latvia, Persekutuan Bola Keranjang Portugal, Persekutuan Bola Keranjang Romania, Bola Keranjang Switzerland |
Lokasi | |
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Ibu pejabat | Mies |
Lokasi |
|
Koordinat | 46°17′46.1″N 6°9′59.04″E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
FIBA menganjurkan kedua-dua Kejohanan Kelayakan Olimpik Dunia FIBA lelaki dan wanita serta kejohanan bola keranjang di Sukan Olimpik Musim Panas, yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).[2] Piala Dunia Bola Keranjang FIBA ialah kejohanan dunia untuk pasukan kebangsaan lelaki yang diadakan setiap empat tahun. Pasukan-pasukan akan bersaing untuk Trofi Naismith, yang dinamakan sebagai penghormatan kepada pencipta bola keranjang Kanada-Amerika James Naismith. Struktur kejohanan adalah serupa tetapi tidak sama dengan Piala Dunia FIFA bagi bola sepak; kejohanan ini berlangsung pada tahun yang sama dari 1970 hingga 2014, tetapi sejak 2019, Piala Dunia Bola Keranjang beralih ke tahun berikutnya selepas Piala Dunia FIFA. Acara selari untuk pasukan wanita, Piala Dunia Bola Keranjang Wanita FIBA, juga diadakan empat tahun sekali; dari 1986 hingga 2014, ia diadakan pada tahun yang sama dengan acara lelaki tetapi di negara yang berbeza.
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ "History". FIBA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
- ^ a b "Presentation". FIBA.basketball (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2023.