FCAPS
FCAPS ialah model dan rangka rangkain pengurusan telekomunikasi ISO untuk pengurusan rangkaian. Ia merupakan akronim kepada:
- F=Fault Management (Pengurusan Kesalahan/Kerosakan)
- C=Configuration Management (Pengurusan Konfigurasi)
- A=Accounting Management (Pengurusan Akaun)
- P=Performance Management (Pengurusan Prestasi)
- S=Security Management (Pengurusan Keselamat
an)
Pengurusan kesalahan
suntingMatlamat: Memastikan rangkaian stabil dan berkesan.
Cara pelaksanaan:
- Mengesan kerosakan rangkaian, log dan beritahu pengguna
- Mengenalpasti gejala dan mengasingkan masalah
- Diperbaiki dan penyelesaian diuji
- Pengesanan dan penyelesaian direkodkan.
Alatan: SNMP-base NMS, Unicenter, HP Open View, Sun Solstice
Pengurusan konfigurasi
suntingMatlamat: Sebarang kesan operasi rangkaian yang pelbagai versi perkakasan/perisian boleh dijejaki dan diuruskan.
Cara pelaksanaan:
- Memantau rangkaian dan maklumat konfigurasi sistem
- Setiap peralatan rangkaian mempunyai satu maklumat versi yang seragam
- Subsistem pengurusan konfigurasi menyimpan maklumat ini dalam satu pangkalan data supaya mudah dicapai
- Bila berlaku masalah, pangkalan data boleh digunakan untuk mencari petunjuk yang mungkin membantu menyelesaikan masalah.
Alatan: CiscoWorks 2000
Pengurusan perakaunan
suntingMatlamat: Memaksimumkan penggunaan rangkaian dan bil.
Cara pelaksanaan:
- Mengukur penggunaan rangkaian
- Maklumat boleh dianalisa untuk pola penggunaan semasa dan kuota penggunaan.
Alatan: Cisco NetFlow, Evident Software
Pengurusan prestasi
suntingMatlamat: Mengekalkan prestasi rangkaian pada paras yang boleh diterima.
Cara pelaksanaan:
- Mengumpul data prestasi biasa rangkaian seperti daya pemprosesan rangkaian, kadar paket hilang, masa sambutan pengguna, penggunaan talian, implementasi SNMP, reaktif/proaktif.
Alatan: CA eHealth Performance Manager
Pengurusan keselamatan
suntingMatlamat: Memastikan rangkaian tidak disabotaj, selamat daripada penggodam & virus.
Cara pelaksanaan:
- Kawal capaian sumber rangkaian
- Memantau pengguna yang log masuk ke sumber rangkaian
- Kenalpasti sumber rangkaian sensitif
- Pemecahan sumber rangkaian ke dalam kawasan berizin & tak berizin.
Alatan: Firewall, IPS, DMZ